Beliau cuba membuat perbandingan antara filem Geng dengan filem-filem animasi lain seperti 'Budak Lapok, Putih dan Silat Lagenda'. Adakah beliau tahu 'apakah yang dimaksudkan dengan animasi 2D dan 3D?. Jika nak tahu, sila baca info ringkas
- 2D animation
- Figures are created and/or edited on the computer using 2D bitmap graphics or created and edited using 2D vector graphics. This includes automated computerized versions of traditional animation techniques such as of tweening, morphing, onion skinning and interpolated rotoscoping.
- Examples: Foster's Home for Imaginary Friends, Sponge Bob SquarePants, Danny Phantom, El Tigre: The Adventures of Manny Rivera
- 3D animation
- Digital models manipulated by an animator. In order to manipulate a mesh, it is given a digital armature (sculpture). This process is called rigging. Various other techniques can be applied, such as mathematical functions (ex. gravity, particle simulations), simulated fur or hair, effects such as fire and water and the use of Motion capture to name but a few. Many 3D animations are very believable and are commonly used as special effects for recent movies.
- Examples: Toy Story, Shrek, Pocoyo
- 3D animation terms
2D animation techniques tend to focus on image manipulation while 3D techniques usually build virtual worlds in which characters and objects move and interact. 3D animation can create images that seem real to the viewer.
Jika nak tahu maklumat lanjut, pergilah tanya orang yang lebih arif mengenai animasi 2D dengan animasi 3D. Jangan terlalu taksub dengan sesebuah filem yang hebat seperti filem GENG yang saya akui lebih mantap animasinya, dan mengutuk filem 2D pulak, kerana kedua-duanya adalah amat berbeza sekali. Tak percaya? Tanyalah En Sharkawi Che Din mahupun En Hassan Muthalib.
Apabila e-melnya dibalas oleh tuan punya filem animasi 2D, Pak Hassan mempertikaikan bahawa 'janganlah terlalu emosional dalam memberikan pendapat dan membandingkan antara 2D dengan 3D?. Jika tidak tahu, tak payahlah nak mencari kontroversi.
Balasan demi balasan dihantar sekali lagi ke forum tersebut sehinggakan tercetusnya perbalahan yang agak kritikal di antara pengarah filem 2D dengan pengirim e-mel tersebut. Perbalahan atas artikel kedua bertajuk 'GENG DAN EMOSI', oleh pengirim e-mel yang sama mempertikaikan kepada Pak Hassan bahawa 'menonton filem tidak perlu membawa buku-buku teori masuk ke pawagam untuk menonton filem tersebut. Ya, memang betul. Tetapi, cara kiriman e-mel tersebut, se-olah beliau tidak bersetuju terhadap gaya penulisan dan kritikan Pak Hassan terhadap sesebuah filem yang di tontonnya. Apa-pun anda boleh baca e-mel di bawah dan nilaikanlah sendiri tahap kematangan pengirim e-mel tersebut dalam melepaskan emosinya. Bagi saya, apakah rasional kiriman e-mel tersebut?. Adakah ingin sekadar mencari publisiti?.
emel 1
'Maaf, saya tidak menulis penulisan akademik di sini. Tidak juga suka "quote" buku2 teori di sini. Hanya melontarkan pendapat peribadi. Sudah tentunya dalam menzahirkan pendapat, aspek emosi akan dilontarkan. Menulis dan menghasilkan karya kreatif juga, pengkarya perlu meletakdudukkan emosinya. Hanya penulisan berita dan laporan yang tidak menempatkan emosi penulisnya, ia hanya melaporkan. Saya percaya anak saya berumur 6 tahun yang saya bawa ke pawagam bersama menonton animasi GENG, menontonnya dengan emosi, bukan dengan ilmu perfileman. Saya tidak nampak anak saya membawa buku2 teori animasi atau dibekalkan dengan ilmu perfileman semasa menonton GENG. Dia menontonnya dengan emosi yang dia 'rasakan' dan 'menghiburkan' nya. Malah anak saya mahu menontonnya lagi. Saya juga percaya anak saya mengulas filem GENG kepada saya dan rakan-rakan sekolah pra-sekolah nya dengan penuh 'emosi'. Dan saya percaya pengkarya GENG berkarya dan berjaya memanipulasi emosi khalayaknya.'
Kemudian Pak Hassan membalas:
Sayang, sayang sekali lagi
Tersasar jauh, subjeknya lari
Inilah akibatnya
Bila terlalu beremosi.
Sayang, sayang sekali lagi.
Dan paling terbaru, ada satu e-mel kiriman 'Pendekar Filem' yang saya rasakan antara e-mel yang terbaik minggu ini yang merungkai kesemua persoalan yang cuba ingin Pak Hassan kemukakan kepada pengirim e-mel yang bertanda merah di atas.
Ah... emosi.
Adalah menyedihkan apabila ahli akademik yang menerajui sebuah institusi yang bertaraf universiti bercakap dari emosi bukan ilmiah. Jika mahu mendengar komen penuh emosi, saya akan dengar komen dari kerani, tukang kebun atau mat rempit bercakap mengenai filem.
Lebih menyedihkan apabila pelajar-pelajar jurusan filem di negara ini tidak diajar teknik berfikir, perkembangan idea dan meluahkan diri ke atas layar. Sebaliknya mereka diajar menjadi kuli iaitu pakai lensa prime dan pasang 1k,2k dan sebagainya. Apabila tiba teknologi baru, mereka tergamam.
Teori-teori filem menganalisa luahan pengarah di dalam layar. Itu yang membuatkan filem-filem ini diingati selama 100 tahun. Teori-teori ini sudah wujud beribu tahun lamanya. Pengkritik orang putih menjumpai semua ini tidak lama dahulu tetapi orang Asia sudah lama mengetahuinya.
Kita memanggilnya 'Ilmu mengenal diri'.
Tetapi kini kita diajar mengenal pen bukan apa yang ditulis dan diri kita.
Teori-teori ini hanyalah panduan sepertimana agama menjadi panduan hidup dan apabila tiba masa tertentu, kita terpaksa ubah panduan ini mungkin kerana dalam keadaan darurat.
Malangnya panduan dikatakan ilmu yang tidak perlu dan membuang masa.
Tahniah Geng. Saya suka ceritanya. Saya berikan final assignment kepada lapan puluh lebih pelajar saya untuk tonton dan tulis pasal Geng.
Sedar atau tidak Geng menggunakan cara peneritaan Hollywood dan semua aspek dari camera angle hingga ke art direction mengikut cara penyampaian filem Hollywood. Mereka tahu memanipulasi elemen di dalam shot untuk sampaikan emosi babak itu kepada penonton. Ini asas pengarahan yang tidak diajar di satu pun sekolah filem di Malaysia! Saya sudah ke semuanya!
Tetapi 'ahli akademik filem' tak nampak ini semua. Mereka cuma tahu kata, "mesti buat macam filem ini". Tapi bila sampai bab mengajar, tak tahu apa yang patut diajar. Balik-balik 1k dan 2k.
Emosi adalah sesuatu yang sukar dikawal. Melalui ilmu, kita patut tidak menyerah kepada emosi.
*Emosi telah merosakkan nama baik Yasmin Ahmad di sebuah institusi apabila orang yang tak berilmu dipilih menjadi panel diskusi filem Gubra walaupun orang yang memilihnya belajar tinggi.
*Emosi telah menampakkan pembikin filem independent sebagai musuh dan tak layak dipanggil bercakap di tempat tertentu walaupun dengan pencapaian mereka.
*Emosi membuat kita bercakap besar dan menuduh filem-filem tertentu sebagai tak senonoh. Tetapi sudahkah kita lupa bahawa kita juga ada dosa besar seperti menipu orang, khalwat dengan anak orang, menggelapkan duit, etc? Contoh saja, saya tak menuduh...
*Emosi telah membuatkan kita lupa berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah sambilan yang kita buang seperti sampah tanpa 'satu ucapan terima kasih pun'. Pensyarah-pensyarah ini tidak diberitahu pun mereka diberhentikan!
Tetapi bagaimana dengan ahli akademik semua yang ada degree dan masters tetapi bersikap seperti gengster dan jaguh kampung? Entahlah! Graduan yang keluar pun begitu jugalah!
Kita bangga membeli alatan baru 35mm dan RedCam dan apabila filem kita ditayangkan, kita bangga dengan aspek teknikal. Sampai situ sajalah tahap filem kita, tidak sampai tahap seni.
Saya menunggu filem 'Johnny Bikin Filem' dikeluarkan. Ini adalah filem pada tahap seni. Pengarahnya faham teori filem malah membuat teorinya sendiri! Itu sebab filem ini hebat, satu frame sahaja, banyak boleh diperkatakan.
Tak penting dalam babak itu 'dia pakai 2k bounce dari bawah' atau 'dia pakai reflector untuk elakkan burst'.
Anuar Nor Arai bercakap tentang sesuatu yang lebih besar! Jika mahu tahu apa dia, tunggu kemunculannya. ..
U-Wei sudah mengatakannya, "Filem itu spiritual". Wak Hamzah pun sudah mengatakannya, "Engkau perlu kenal diri sebelum main wayang".
Emosi...
Guru saya En Ajami terikut emosi dan marah dengan filem 'Sifu dan Tongga'. Dalam kes ini, saya tak salahkan dia. Saya mencarut dalam pawagam.
Ramai orang dalam forum ini tahu cerita-cerita sebenar. Tapi seperti En Zubin, mereka dapat mengawal emosi.
Yang benar,
Pelajar yang mahu belajar filem tetapi sudah tertipu di banyak tempat.
p/s: Apa pandangan saya terhadap isu ini?. Nantikan ulasan saya akan datang...
saya sokong Pak Hassan..
2 Ulasan