Mix Stage Studio FINAS, antara kepakaran atau kualiti?

Pembinaan studio digital mix stage (Dolby Premeiere) bernilai RM 53 juta ringgit oleh Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) terhadap industri perfileman tempatan boleh di anggap suatu tindakan yang wajar kepada penggiat industri filem dalam membantu terhadap perlaksanaan sesebuah filem agar penghasilannya dapat mengurangkan kos pengaliran wang ringgit ke luar negara. Tindakan sedemikian dikritik oleh pelbagai pihak bahkan warga filem sendiri rata-ratanya masih was-was dengan kualiti yang mampu dihasilkan oleh studio tersebut. Terbaru, dalam ruangan Soseh-Soseh Harian Metro selasa lepas (mengulas tentang Studio tercanggih itu (tidak menyebut mana-mana studio, tetapi olahan penulisannya membuktikan itu Studio Dolby Mix Stage, FINAS) di dapati tidak mempunyai kepakaran dari segi teknikal tenaga pekerjanya malahan ada juga yang menghentam FINAS sebagai badan perfileman terunggul yang tidak bergerak secara pintas dalam menyediakan kepakaran yang minimum, malahan ada juga yang menyangkal tentang motif pembinaan studio tercanggih tersebut. Walauapapun kritikan yang di hadapi, ada juga segelintir penggiat seni tempatan memohon di berikan kelonggaran secara percuma (dalam beberapa tempoh) bagi menggunakan kemudahan Dolby Premiere tersebut untuk membuktikan keberkesanan dalam kualiti produk bagi sesebuah penerbitan filem sebelum mereka mengambil keputusan rasmi untuk menggunakan kemudahan di studio tersebut.

Menurut pengarah dan pelakon filem terkenal, Afdlin Shauki , "Saya bangga kerana kita sudah pun memiliki studio yang canggih untuk membantu menaikkan filem-filem tempatan. Tetapi, kita kena ada ujian dan melihat bagaimana tenaga kerja yang disediakan mengawal peralatan tersebut. Bila kerja mereka terbukti hebat, barulah para penerbit yakin dengan produk yang ingin mereka hantar. Kalau tanya saya, memang saya berani untuk mencuba, penerbit saja yang akan risau sebab mereka yang akan keluarkan bajet. Pada masa yang sama, juruteknik tempatan juga dapat membuat latihan dan lihat dunia sebenar pembikinan filem, bukan makan gaji saja. Mereka kena terima kritikan dan mungkin mereka juga akan dimaki. Sayangnya, kita ada satu 'penyakit' dalam hal tenaga profesional filem. Nak ikutkan kita ada ramai pakar dalam bidang ini tetapi mereka sudah 'lari' ke negara luar kerana bayaran yang tinggi. Jadi, saya harap akan datang nanti, jika ada pakar-pakar yang hadir dalam industri, mereka perlu dibayar mengikut kepakaran yang dimiliki agar tidak 'dirampas' oleh negara lain," kata pengarah filem Papadom yang akan ditayangkan pada 8 Obtober ini.

Namun begitu, tindakan FINAS dalam menyemarakkan industri filem tempatan melalui pembinaan studio dolby mix stage ini perlu dihargai oleh semua penggiat seni tanah air kerana pembinaannya bukan angan-angan kosong tetapi sebagai iniasitif dalam membawa filem Malaysia agar berada di puncak dunia dengan jayanya. Justeru, penyediaan kepakaran bagi menggendalikan setiap tugas dalam studio ini perlu diutamakan dan di semarakkan FINAS kerana tanpa kepakaran, penggiat filem tempatan tidak akan melabur di negara kita walaupun diberikan harga istimewa kerna 'kepakaran didahulukan, kualiti diutamakan'. Wallahuallam.

lagi info menarik...sila klik
'Antara 12 Studio Tercanggih di dunia'

'Karyawan Filem mahu tenaga pakar'

p/s: Di harapkan Studio Mix Stage ini akan menjadi tumpuan ramai di dalam industri filem tidak kira tempatan mahupun antarabangsa. Namun yang perlu diutamakan adalah 'kepakaran, kualiti dan tenaga kerja'.

foto by: Kosmo

Catat Ulasan

1 Ulasan

Pluboy2 berkata…
nanti become white elephant project..

gov always waste money...