Muslee Ramli.. Ikon P.Ramlee?

Sebut sahaja nama Muslee Ramlee, barangkali ada diantara anda kurang mengenali atau buat-buat tak tahu bahawa beliaulah Ikon Dunia Filem Melayu hanya menerusi watak Seniman Lagenda Allahyarham Tan Seri P.Ramlee. Bakat luar biasanya dicungkil menerusi salah satu rancangan terbitan RTM iaitu 'Pertandingan Suara P.Ramlee'. Kebolehannya meniru suara P.Ramlee telah membuatkan namanya melonjak naik sebagai seorang pelakon, penyanyi dan penghibur. Yang terbaru, beliau disambar produser filem dan teater, Tiara Jacquelina untuk membintangi sebuah teater, P.Ramlee The Musical yang telah dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur beberapa bulan lepas. Bukan setakat itu sahaja, Muslee Ramli khabarnya akan menghasilkan album terbaru yang kata teman media, bakal mewarnai industri muzik Malaysia dengan suara emasnya, seakan-akan Tan Seri P.Ramlee. Jadi, kepada para peminat seniman agung P.Ramlee, kini penggantinya sudah kelihatan, Muslee Ramlee yang wajahnya pulak dikatakan seakan-akan seniman lagenda tersebut.

p/s: terlepas la pulak nak tonton Teater Muzikal P.Ramlee hari itu kat Astro.. ops! I tak langgan la channel tue.. rugi.. jadi diharapkan teater tue dapatlah keluar dalam bentuk DVD yang boleh ditonton di rumah dengan Plasmaku.. sambil makan popcorn... hehehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan