KONTROVERSI DALAM FILEM... Ciptaan Pengkarya atau Pengkritik..?


Perlukah filem di fokuskan budayanya?.

Benarkah kata sesetengah orang, bahawa sesebuah filem perlu memaparkan perkara yang positif walaupun terpaksa hipokrit dalam mempersoalkan sesuatu perkara kerana berkarya di Malaysia perlu menerapkan unsur agama, budaya dan kehidupan’ . Itulah serba sedikit gambaran bagi industri filem di Malaysia yang kata sesetengah pengkritik adalah ‘hipokrit, lemah dan gagal’. Persoalan ini bukan ingin disangkal oleh saya, tetapi saya cuma ingin berkongsi rasa apakah kite perlu memperbanyakkan filem berbudaya, beragama, dan bermoral sedangkan masyarakat kite rata-ratanya sudah rosak dan sukar untuk menonton filem bergenre sebegini. Apabila sesebuah filem ditayangkan di pawagam, dan terdapat beberapa scene agak sensitif seperti ‘berpelukan, berpegangan, bermesraan dan bercumbuan’, banyak pihak akan menyalahkan seseorang karyawan mahupun sesebuah organisasi perfileman mahupun badan penapisan sesebuah filem yang terbabit atau memberi pelepasan kepada filem sebegini, sehinggakan kemakmuran negara dicemari dengan pertelingkahan pendapat, idea dan citarasa dikalangan penonton, walhal itulah asam garam realiti sebuah kehidupan yang perlu dibongkarkan. Pembongkaran kehidupan sesebuah masyarakat yang mewakili golongan tertentu dan di gambarkan secara sinis mahupun sindiran atau di muliakan di dalam sesebuah plot penceritaan, selalunya akan dikritik hebat dengan pelbagai falsafah ciptaan pemikiran yang penuh hasad dengki atas ketidakpuasan naluri terhadap sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam mahupun secara online.

Pemikiran seumpama ini selalunya menjadikan sesebuah filem itu kontroversi sehinggakan diperdebatkan hebat dibeberapa persidangan sehinggakan tercetusnya satu pergolakan perasaan yang memberontak lantaran membuatkan sidang negara menjadi tidak tentu arah. Lihat sahajalah beberapa nama filem yang boleh saya sebutkan di sini, ‘Comolot karya saya sendiri, Anak Halal, Bukak Api, Sepet, Gubra, Muallaf dan sebagainya sering dilanda pelbagai kontroversi atas isi penceritaan. Jika di lihat di mana-mana blog picisan di internet sekalipun, nama filem-filem tersebut seringkali di jadikan isu terutamanya dikalangan pengkritik tak bertauliah yang taksub akan satu perkara, dan menjadikan industri perfileman dan kerajaan sasaran tulisan mereka. Apa yang sepatutnya dikupas oleh penulis sebegini ialah ‘kenapa dan mengapa persoalan sesebuah filem mesasarkan golongan sebegitu dan kenapa filem berformat realiti kebanyakkan memaparkan unsur sosial yang agak kritikal?’ Ini perlu dikupas secara drastik dan jujur dengan penekanan bukan bersifat peribadi, malahan ia patut merungkaikan persoalan kenapakah sang sutradara menghasilkan filem sebegitu. Bukan ingin memuji karya sendiri, malahan saya memerlukan jawapan yang rasional daripada anda secara intelektual atas karya saya, comolot, malahan yang saya temui di dalam komentar youtube mahupun blog lain, adalah cuma kritikan negatif yang bersifat peribadi. Apakah ia perlu menghentam karya orang lain yang bersifat realiti dengan alasan takutkan masyarakat mengikutinya apa yang dipaparkan di dalam sesebuah filem?. Seseorang pengkritik yang bagus akan mengkritik secara jujur dengan berpaksikan ‘apakah dan kenapakah’ perjalanan sesebuah plot penceritaan bukannya ketidakpuasan hati menyebabkan anda menjadikan sesebuah filem yang bukan komersial, terus menjadi kontroversi dan sensasi.

Apabila berbicara mengenai penghasilan filem-filem yang bermaruah dan bermoral, ia memang sewajarnya dihasilkan dinegara kita. Apakah ia akan ditonton oleh masyarakat Malaysia sekiranya filem itu filem yang bermoral, tanpa dimasukkan scene-scene yang agak kritikal?. Lihat sahaja filem Wayang dan 1957 Hati Malaya. Filem itu bagus plotnya daripada filem saya, comolot. Kenapa ia susah nak membawa penonton menyaksikan filem itu?. Adakah subjeknya tidak menarik perhatian anda. Dan apakah anda hanya tertarik pada karya tidak bermoral seperti naskhah comolot, amnya. Apabila kite menghasilkan filem yang memaparkan isu yang sensitif, filem itu dikritik hebat dan dikomentarkan sebagai karya tidak beragama, tidak berbudaya dan tidak bermaruah. Ia juga ditonton oleh semua dan meminta setiap pembikin filem agar menghasilkan karya yang bermutu dan berbudaya. Apabila Dr Hatta Azad Khan menghasilkan filem Wayang, dimana perginya pengkritik-pengkritik tadi dalam mengkritik sesebuah filem. Apakah ada di antara mereka yang mengkritik sesebuah filem contohnya, filem Anak Halal, Bukak Api dan Comolot, pergi menonton filem Wayang yang sebuah filem cukup berbudaya, bermoral dan menerapkan falsafah yang cukup tinggi?. Kenapa ia sukar menarik perhatian penonton. Sudah sahlah, anda cuma pandai bercakap, tetapi kosong mentalitinya.

Justeru, apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah seseorang pengkritik sesebuah filem samada pengkritik bebas yang menghentam sesebuah filem, perlulah menonton kesemua filem yang ada di Malaysia dan bandingkan ‘apakah subjek dan mentaliti penonton terhadap penerimaan sesebuah karya akan mengundang kemerosotan atau kejayaan sesebuah produksi perfileman. Oleh itu, jadikan penonton yang bijak dengan menulis yang intelektual bukannya ulasan yang bersifat peribadi, kerana bak kata pepatah ‘cermin diri kita dahulu, sebelum membuat penilaian ke atas orang lain’

Wallahuallam

Catat Ulasan

0 Ulasan