Mengangkat tema post-adolescent dalam naratif filem.... 3 Hari Untuk Selamanya, sebuah road movie Riri Riza yang terbaik...


Selepas 'Gie dan Eliana Eliana' yang ditayangkan secara ekslusif bersama pengarahnya Riri Riza di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas semalam. Penonton dihidangkan pula sebuah filem untuk remaja '3 Hari Untuk Selamanya' yang membariskan nama-nama besar di dalam industri perfileman Indonesia antaranya 'Nicholas Saputra dan Adinia Wirasti'. Filem yang mengisahkan perjalanan dua orang remaja yang mempunyai pertalian saudara antara satu sama lain boleh dikatakan sebuah filem yang agak menarik untuk diperbincangkan terutamanya dikalangan penggiat seni, pelajar filem mahupun pengkritik filem. ' 3 Hari Untuk Selamanya' arahan dan lakon layar Riri Riza ini adalah sebuah road movie yang mengangkat tema 'post-adolescent' dalam naratif filem secara keseluruhannya. Tema ini menghuraikan bahawa 'seseorang manusia itu terutamanya yang sudah berkelulusan menengah akan berfikir secara matang bahawa dirinya sudah dewasa dan perlu hidup sebagai orang dewasa lantas melakukan perkara-perkara yang sering dilakukan oleh orang dewasa, seperti 'merokok, seks bebas dan sebagainya'. Perlakuan sebegini mewujudkan konflik diri terutamanya dikalangan anak-anak remaja kerana mereka ingin dilihat seperti 'dewasa' walaupun pada peringkat umurnya masih remaja atau akhil baligh. Isu ini bukan perkara yang baru dalam kehidupan seharian, tetapi ia adalah sebuah realiti yang cuba di angkat Riri Riza di dalam masyarakat di Indonesia, terutamanya. Jika dilihat pada struktur penceritaan di dalam filem '3 Hari Untuk Selamanya', Riri Riza banyak mempersoalkan isu remaja dalam konteks perlakuan seharian yang merangkumi cara hidup, pergaulan seharian antara lelaki dan perempuan, serta keinginan nafsu yang mewujudkan rasa ingin tahu dan ingin menikmati. Merujuk kepada watak yang di bawa Nicholas Saputra dan Adinia Wirasti, kedua-dua mereka adalah saudara 'cousin' yang amat rapat. Di sebalik perjalanan mereka merentasi satu bandar ke bandar lain ( iaitu dalam tempoh 3 hari perjalanan) , kita dapat melihat hubungan mereka begitu intim sekali sehinggakan kedua-dua mereka terjerat dalam permainan nafsu sehinggakan buat pertama kalinya kedua-dua watak ini melakukan hubungan seks di sebuah kota yang bernama Jogjakarta. Itu sudah lumrah dalam kehidupan, sekiranya anak remaja lelaki mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan sekiranya mereka tidur bersama. Gambaran ini cuba dirungkaikan dengan teliti oleh Riri Riza tentang permasalahan jiwa yang melanda anak-anak remaja di bumi Jakarta. Sudut pandangan di dalam filem ini ialah dari kaca mata remaja itu sendiri di mana kita boleh melihat bahawa watak yang di bawa Nicholas itu penuh dengan keresahan yang bermain di jiwanya. Persoalan ini ialah kepada isu seksual dan keinginan nafsu. Maka tidak hairanlah jika di dalam filem ini, Riri Riza banyak memaparkan imej-imej seksual yang menggoda. Imej-imej tersebut dapat dilihat terutamanya pada adegan di mana seorang penari yang mempersembahkan tarian tradisional dengan gerak tari penuh lenggok di tepi sebuah pantai. Maka sasaran penari tersebut adalah pada Nicholas Saputra. Apakah beliau tertarik pada si penari tersebut? Anda kenalah menonton filem ini yang bagi saya, sungguh menarik naratifnya.

3 Hari Untuk Selamanya, adalah sebuah road movie yang terbaik daripada sutradaranya, Riri Riza. Maka filem ini wajar dijadikan contoh kepada pelajar filem sebagai sebuah filem road movie yang mengungkap pelbagai persoalan kehidupan iaitu 'kekeluargaan, hubungan persaudaraan, persahabatan dan seksual'. Jika menyentuh elemen seksual di dalam sesebuah filem, pastinya pembikin filem tersebut akan dikritik hebat. Tetapi menerusi filem ini, Riri Riza bijak menanganinya agar ia tidak dianggap sebagai karya seksual yang melampau. Justeru, 3 Hari Untuk Selamanya adalah sebuah filem yang terbaik dan wajar ditonton oleh semua peminat filem di Malaysia. Namun begitu, apakah pandangan anda pula terhadap filem ini?. Adakah anda menyukainya, ataupun tidak?. Tepuk dada tanya selera.

* Tayangan dan Diskusi bersama Riri Riza pada 14 dan 15 Mac 09 yang lepas iaitu di Finas boleh di anggap sebuah wacana pemikiran yang sangat intelektual buat penonton dan pelajar filem. Rugilah pada siapa yang tidak datang kerana banyak info-info menarik daripada pengarah filem 'Laskar Pelangi' ini yang boleh dijadikan contoh untuk kita berkarya dengan lebih baik. Justeru, apakah program akan datang, wacana dan tayangan sebegini akan di adakan lagi?. Kepada En Norman daripada UiTM, harap-haraplah lepas ni panggil Nia Dinata pula ye.. kerana sutradara tersebut jugak banyak ideologinya. Betul tak Pak Hassan?. hehehe.

p/s: sedih la.. Riri Riza tak bawak filem Laskar Pelangi bersama... Kan best kalau tayangan 3 filem tersebut, ditayangkan dalam medium 35 mm... sori lah guys.. filem GIE, saya tak sempat nak tengok... siapa yg ada DVD... bgtau saya ok..

info
Contoh Filem Road Movie yang Terbaik dan Perlu Korang Tonton:
- Dari Jemapoh ke Marchistee ( Hishamuddin Rais )

Catat Ulasan

3 Ulasan

mapieceofart berkata…
betul.. ramai yg hampa tiada Laskar Pelangi... tapi insya Allah Laskar Pelangi akan menjengah studio Pancha Delima, UiTM kampus Puncak Perdana awal April nanti...

+ salam singgah... +

~0^_^0~
Unknown berkata…
i love "3 hari untuk selamanya". congratulations kerana berjaya bawak riri ke sini. saya kagumi beliau dan penggiat filem kita have a lot to learn from riri. i'm just sad that i'm still in singapore and could not attend these wonderful sessions.