Laman Hina wartawan Hiburan Malaysia!!

sumber : KOSMO

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) memberi amaran kepada pemilik akaun laman sosial Facebook, All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks (Semua Wartawan Hiburan Malaysia Macam S***) supaya tidak melemparkan pelbagai kata kesat terhadap ahli-ahlinya.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas sekumpulan wartawan hiburan tempatan menyuarakan rasa kurang senang terhadap pembukaan akaun tersebut yang menggelarkan mereka sebagai 'babi' dan 'jalang' yang tidak layak hidup di muka bumi.

Individu tersebut juga telah mencuri gambar-gambar wartawan daripada akaun Facebook peribadi masing-masing dan memasukkan entri dengan pelbagai kata hinaan.

Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, persatuan tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk mengheret mereka ke mahkamah jika individu terbabit terus berdegil dengan meneruskan aktiviti mereka.

p/s: macam2..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Jo'el berkata…
bagi saya wartawan dalam rancangan terjah sangat kurang hajar dan kurang sopan....itu pendapat saya .