2 Alam.. ada jugak yang tak suka dan benci!!

Aku boleh katakan 2 Alam, filem pecah panggung 2010. Produsernya, Dr. Rozmey seorang jutawan mampu melakukannya, jika jutaan rakyat Malaysia hanya menonton di pawagam bukannya dalam cakera DVD cetak rompak. Setiap hari publisiti dilakukan dengan cemerlang oleh akhbar Kosmo membuatkan nama Dr.Rozmey mengalahkan selebriti popular. Di sebalik promosi yang hebat, tidak terkecuali juga ada dikalangan rakan industri tidak kira pekerja belakang tabir, rakan artist dan sebagainya mengutuk-ngutuk dan memperlekehkan filem 2 Alam ini. Kata mereka ' bolehke pecah panggung?' dan ada juga yang mencebik dada mengutuk 'tak sedar diri!'. Bagi saya, itu adat resam dunia hiburan dan dunia masyarakat melayu yang tidak boleh lihat kemajuan bangsanya sendiri. Biarlah mereka dengan hasad dengki masing-masing!. Yang penting 2 Alam mampu menyentuh perasaan khalayak yang menontonnya.

Menariknya mengenai filem 2 Alam ini ialah sentuhan sinematografinya oleh dua nama besar dalam industri perfileman - Mohd Noor Kassim dan Khalid Zakaria. Menggunakan format HD sepenuhnya, 2 Alam mampu menjadi filem terbaik 2010 jika plot dan naratif ceritanya kuat dan kukuh. Apa kata kita tunggu dan nantikan tayangannya pada 27 Mei 2010 di semua pawagam seluruh Malaysia.

2 Alam pecah panggung

p/s: aku suka sinematografinya cantik!!

Catat Ulasan

4 Ulasan

Atika Ramlan berkata…
ekceli for me bukan mencemuh dia nak dpt 20juta-sbb klu xdpt pun,dah leh agak typical answers dia..hehe

cuma most of my frens agak meluat or ketawa terbahak2 tiap kali baca ayat2 dlm kosmo i.e "menggeletar, menangis2 keluar panggung, meraung2 tak sabar nak menonton"
Fairuz Selamat berkata…
salam.. yup.. bukan mahu memperlekehkan filem ni.. saya mais tak tau mcm ne hasilnye.. harap2 ok la... mungkin memberi satu aras bru dalam filem tempatan.. tp yg wat kelaka.. sume iklan yang dibeli olh Dr ni dalam akhbar lebh kepada memuji diri sendiri... memula.. say pun rasa teruja.. tp lama2.. rasa sedikit meluat.. yela.. kalau dia sendiri yang ckp.. dr rozmey mencipta revolusi... kehadirannya di tunggu oleh segenap masyarakat.. tu yang buat org rasa lain sket...

tp harap2 citer ni best.!!
Unknown berkata…
mula2 aku ok.tp sbb ayat dia dlm kosmo tu aku terus meluat.skrg aku salah sorg anti dr rozmey. konfiden lebih. james cameron pn x pakai ayat camtu. rasa-rasanya ramai org yg sependapat dgn aku dan akan tepuk tangan bila dgr berita yg filem ni x laku nanti. harap2 dr rozmey dan org lain ambil pengajaran.