Qalam ...Karya Terbaik Hadi Koh?

QALAM
'Antara Agama dan Kepercayaan' mengungkap perjalanan seorang insan beragama Buddha dalam mencari identiti dan maruah yang sebenar. Identiti yang diungkap melalui perjalanan visual dan kritikan sosial hidup sebilangan besar rakyat Malaysia yang ada diantaranya tidak menghargai hak mereka sebagai insan yang beragama, dikupas begitu indah dan penuh artistik melalui Qalam, sebuah filem pendek 10 minit arahan pengarah muda profilik Mohd Shahrezahadi Koh atau nama komersialnya, Hadi Koh. Filem yang telah ditayangkan pada bulan JUN 2007 di panggung ASWARA sempena penilaian Tahun Akhir 2007, baru-baru ini dijulang Filem Pendek Terbaik 2007 sempena Festival Filem Indie Anjuran salah sebuah organisasi FEYST di subang Jaya baru-baru ini. Filem yang memenangi hadiah bernilai RM 2,000 ini telah mengalahkan beberapa buah filem pendek lain yang dicalonkan. Untuk makluman anda, bukan festival filem pendek tempatan sahaja yang disertainya, malahan Qalam arahan Hadi Koh ini pernah menyertai beberapa festival filem pendek antarabangsa di Singapura dan Indonesia beberapa bulan lepas. Ketika di temui, Hadi Koh amat risau sekiranya Qalam akan menjadi isu yang kontroversi di kalangan penonton tempatan ( bukan pelajar filem) kerana isu yang ditampilkan lebih menjurus kepada persoalan agama, maruah dan identiti dalam mencari kalimah 'Allah' yang sebenar melalui watak seorang sami Buddha. Qalam yang diterbitkan bersama ASWARA adalah karya terbaik 2007 yang mempunyai personaliti dan isu yang tersendiri untuk dikongsi bersama. Justeru, pada para penggiat filem dan pencinta sinema tempatan agar tidak memandang rendah mana-mana karya yang lahir dari karyawan muda yang berani mengupas pelbagai isu kerana naratif penceritaan adalah hak pengkarya bukannya pemikiran jelek dalam menilai naskah sesuatu filem yang ditonjolkan. Justeru, berfikirlah positif dan tahniah khususnya buat Hadi Koh atas kemenangan Qalam...

p/s: so...tak reti-reti nak buat open house ker? huhuhuhu.

Catat Ulasan

0 Ulasan