Mana Pergi DUKUN?

DUKUN UMIE AIDA MENGHILANG..



Sudah setahun berlalu selepas diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), Filem DUKUN arahan Dain Iskandar yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul dan Astro Shaw kini menyepi dari sebarang berita. Walaupun digembar-gemburkan oleh media bahawa DUKUN adalah inspirasi kisah hidup Mona Fandey yang mati ditali gantung, namun banyak yang menyangkal dan ingin mengambil tindakan apabila DUKUN ingin ditayangkan pada khalayak Disember 2006. Kesan daripada itu, pihak penerbit terpaksa menarik balik tayangan atas faktor tersebut. DUKUN kisah hidup dukun ternama lakonan mantap pelakon versatile Umie Aida bakal dikatakan pencabar kepada sinema tempatan apabila ditayangkan, namun itu cuma angan-angan yang mungkin sampai bilapun tidak akan ditayangkan, melainkan terlepas dalam cakera DVD untuk pasaran gelap. Mustahil.. Mengenali karektor pengarah kepada filem DUKUN, penulis merasakan DUKUN mempunyai kelainan dari sudut sinematografi, penataan seni, lakonan dan pengarahan. Tetapi, itu cuma pandangan peribadi penulis yang masih menantikan bilakah DUKUN akan menemui khalayak dan bersediakah mengharungi cabaran kritikan sesetengah penonton yang hipokrit?... Atau adakah ia berani jugak?. Terpulang lah pada anda.. tepuk dada tanya selera.

Catat Ulasan

0 Ulasan