'Menjejak Pemikiran Mamat Khalid'



Semalam, 15 September 2008 antara pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas telah berlangsungnya satu forum yang membincangkan hala tuju pemikiran pengarah tersohor, Mamat Khalid telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), kerjasama FINAS ini telah dihadiri beberapa tetamu yang memenuhi ruang pawagam yang rata-ratanya dikalangan penggiat filem tempatan, pelajar filem UiTM dan para blogger, khususnya blogger sensasi, Ajami Hashim turut datang memeriahkan acara. Walaupun saya hanya masuk dalam lingkungan 15 minit dalam pawagam Finas, menyaksikan kelantangan Mamat Khalid bersuara atas dasar pemikirannya dalam industri nyata memberikan sisi pandangan yang cukup ekslusif tentang penglibatannya dalam industri filem tempatan ini. 'Kala Malam Bulan Mengambang' , nyata memberikan signifikan yang amat positif terutama dalam sejarah perfileman di Malaysia dengan kemenangannnya pada malam FFM21 Putrajaya telah menyuntik semangat baru para penggiat filem yang lain dalam menghasilkan naskhah yang benar-benar kreatif yang mempunyai falsafah pemikiran yang tersendiri. 'Estet' adalah karya terbaru Mamat Khalid yang saya rasa akan mencipta satu lagi sejarah dalam industri filem tempatan tahun 2009 nanti.

Walaupun meriahnya majlis tersebut semalam, saya tidak dapat menghadirinya secara penuh atas dasar kerja dan komitment lain, namun saya nantikan acara-acara seperti ini lagi di masa akan datang yang saya rasa mungkin selepas ini, pengarah Yasmin Ahmad pula akan membuka tirai 2009 dengan Muallafnya pulak. Justeru, pada penggiat filem lain, teruskan berkarya yang 'baik-baik' dan binalah pemikiran penonton kita agar mereka menghargai arus pemikiran yang kita jalurkan bersama dalam membina sinema kita agar berada di puncak nun jauh di sana..

Salam Ramadhan buat semua warga filem Malaysia..
Juga buat blogger yang tak pernah jemu memberikan sisi pandangannya terhadap sinema Malaysia, Ajami Hashim..

blog Ajami http://ajamihashim.blogspot.com
blog Mamat http://tempurungpecah.blogspot.com/

Catat Ulasan

2 Ulasan

Ajami Hashim berkata…
sensasi erk?.. kau tau tak actually forum tu sebenarnya jd cacamarba bila panel lebih 4 org???
Amy Ikram berkata…
ntah la bro.. kalau aku datang confirm aku komen 'kaw kaw'.. yg diselaraskan en norman panel tue kan dengan abg mamat je.. naper la ramai sgt...?.. no komen la.. aku tunggu kalau menjejak pemikiran yasmin ahmad.. huhuhu.. okay.. salam ramadhan