Anugerah Skrin 08: Filem Mana akan diangkat Filem Terbaik?.

Malam ini, pukul 9 malam berlangsungnya acara cukup gemilang yang bakal menghimpunkan ramai karyawan dan pembikin filem di Malaysia, dalam Anugerah Skrin 2008 yang dijadualkan berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Bertemakan 'Berlian', Anugerah Skrin 2008 mempertaruhkan puluhan karya daripada penggiat drama, telefilem, dan filem cereka untuk merebut pelbagai anugerah yang diidamkan. Daripada pelbagai genre yang dipertandingkan, saya cuma ingin mempersoalkan kategori filem cereka sahaja, di mana khabarnya saingan cukup terasa apabila filem-filem bagi kategori filem terbaik adalah sentuhan beberapa nama besar di dalam industri filem Malaysia. Filem 'Kala Malam Bulan Mengambang' arahan Mamat Khalid juga turut tersenarai antara top 5 filem terbaik di Malam Anugerah Skrin 2008, yang memberikan saingan buat karya 'Sepi, 1957 Hati Malaya, Pensil, Evolusi KL Drift dan Anak Halal' Dalam banyak-banyak karya yang dipertandingkan bagi merebut gelaran Pengarah Filem Terbaik dan Filem Terbaik, saya merasakan mungkinkah Mamat Khalid sekali lagi mampu menjulang anugerah pada malam tersebut?. Sekiranya dibuat perbandingan antara kesemua karya filem yang dipertandingkan, Filem 'Kala Malam Bulan Mengambang', mempunyai kekuatan plot dan naratifnya yang tersendiri disamping keberanian Mamat Khalid mengetengahkan elemen noir dalam garapan naskahnya. Sekiranya Mamat Khalid dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik, ini bermakna industri filem Malaysia mula bertapak satu arah lagi dalam penerbitan filem berformat hitam putih yang tinggi risikonya. Dan mungkinkah Raja Mukhriz diangkat sebagai sinematografi terbaik?. Terpulanglah pada juri yang bijaksana. Di harapkan pemilihan pemenang bagi semua kategori yang dipertandingkan malam ini, adalah berlandaskan pengetahuan pihak juri dalam menilai sesebuah naskah filem mahupun drama dengan mengambil kira pelbagai aspek pemikiran sesebuah filem, bukannya 'saya minat filem tue, pelakon tue, dan heronya', maka saya pilihlah ia menang' ade ke patut?. Bagi saya stupid answer.. jikalau ia berlaku ini bermakna 'juri tue tak layak menjurikan sesebuah karya yang dipertandingkan'..

p/s: sedih la tak dapat jemputan malam nie ke Anugerah Skrin 2008.. jadi kite tengok la kat umah je... apa2 pun good luck Osman Ali, Mamat Khalid.. Yasmin ada ker?.

Catat Ulasan

0 Ulasan