'Sundal Love'.. Trilogi Cinta Dua Pasangan Kembar?...

'Sundal Love'.... satu tajuk yang aku pilih untuk karya terbaru aku sebagai filem pendek untuk tahun 2009. Karya ini akan aku mulakan penggambarannya pada hujung tahun ini barangkali tahun depan, kalau diizinkan produsernya. Ingat.. jangan pulak u guys menjadikan tajuk filem baru aku nie satu yang kontroversi pulak ye, kerana perkataan 'Sundal' itu merujuk pada dua karektor pada watak yang sama. Cewah.. kiranya sebuah filem twin la.. Kenapa tak tajuk lain kan?. Sebab, dalam filem nie nanti ada nama watak 'Sun' dan 'Dal'.. dua pasangan kembar yang hidup dengan satu rasa cinta dan impian masing-masing sehingga terjadi satu revolusi yang menggemparkan. Ini bukan filem homoseksual tau macam filem 'comolot' yang aku kontroversikan isunya dalam konteks sosial, tetapi 'Sundal Love' ini sebuah filem yang memfokuskan isu cinta sejagat yang akan menggemparkan anda. Apa cerita dan plotnya?. Rahsialah kan.. mana boleh bagi tau.. lagipun aku sekarang tengah nak cari ilham untuk plot dan naratifnya... ala.. filem pendek je.. durasinya..? nantilah aku bagitau ye.. pada sesiapa yang punya idea cerita yang boleh dikongsi sama aku untuk naskah terbaru aku nie.. samada nak bagi sponsor bajet.. atau ape-ape yang best kata orang.. komen je kat bawah.. ko ingat ajami sorang je yang nak buat cerita seramnya, untuk filem pendeknya?.Aku pun nak sambung kisah filem aku nie... tunggu la ye..

p/s: selepas revolusi comolot yang menggemparkan.. kini aku ada revolusi baru untuk tahun 2009... nantikan aku adakan sesi ujibakat.. aku bagitau u guys ye... nak berlakon?.

Catat Ulasan

5 Ulasan

M.U.K.H.R.I.Z berkata…
wah menarik tu bro...ingat masa zaman-zaman short filem dulu...mintak kan hafsham sponsor arri 3 dia...aku aminkan kerja engkau ni.
Tanpa Nama berkata…
tajuk dia macam saja nak tarik kontrovesi aja.
Tanpa Nama berkata…
tajuk cool..poster cool..menarik!
Tanpa Nama berkata…
apadah kau ni mengarut. bombastik macam yasmin ahmad cuma pompuan tu pandai bukak kamus. cuba usha ni - http://www.websters-online-dictionary.org/translation/revolusi