CICAKMAN 2 PLANET HITAM... Satu Revolusi yang menggemparkan..!



‘Wajarkah filem Cicakman 2 Planet Hitam, boleh di anggap sebuah karya terbaik dari KRU yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa? Dan mampukah sekuel tersebut memikat khalayak penonton seluruh Malaysia membanjiri beberapa pawagam yang ada di Malaysia pada Disember nanti?’. Itulah persoalan yang bermain di fikiran saya, selepas tayangan Perdana untuk media dan blogger filem CICAKMAN 2: Planet Hitam semalam, bertempat di Cathay Cineleisure, Damansara. Filem yang cukup sempurna naratif penceritaannya ini boleh dikatakan sebuah naskhah yang tersusun plotnya, di mana perkembangan watak dan karektor dalam CICAKMAN 2 ini telah menunjukkan perubahan dan kerja keras Yusry dalam menggarapkan filem ini sebagai sebuah karya yang bakal memukau penonton hujung tahun ini. Dalam kebanyakkan karektor yang terdapat dalam filem CICAKMAN Planet Hitam ini, saya cuma teruja pada watak Rrama, seorang perempuan jahat yang mempunyai kuasa luar biasa lakonan pelakon Indonesia, Tamara Blazensky. Watak yang dilakonkannya amat berkesan dijiwa saya sehinggakan karektor Rrama benar-benar membuatkan saya menyampah, rasa nak lempang,dan memang daring dengan ketawanya yang membingitkan telinga. Itulah watak yang benar-benar hidup di dalam filem Cicakman ini, disamping beberapa watak di antaranya, Prof Klon, Linda Onn dan Sharifah Armani.

Dari sudut penceritaan di dalam filem CiCakMan Planet Hitam ini, boleh dibanggakan kerana Yusry sudah mula berani mengembangkan plot penceritaannya yang lebih dramatik dengan paparan beberapa visual dan scene yang mendebarkan serta mencemaskan, tanpa mewujudkan jurang kasih sayang dan cinta antara kedua-dua karektor ( Hairi dan Tania ), berbanding dengan garapan terdahulu, CICAKMAN 1. Walaupun tiada scene lebih dramatik yang menunjukkan kedua-dua karektor itu bercinta, namun Cicakman Planet Hitam ini, hanya berpaksikan sebuah tema yang jujur iaitu ‘rancangan Prof Klon dalam menawan Kota Metrofulus agar menjadi sebuah bandar yang digelar ‘Black Planet’. Mampukah ia merealisasikan impiannya?. Anda kena tonton sendiri filem ini yang bakal memukau anda pada 11 Disember 2008.

Jikalau diajukan soalan pada saya tentang penggunaan CGI atau kesan khas di dalam filem CICAKMAN 2 ini, saya merumuskan bahawa filem ini tidak mengecewakan kerana paparan visual yang terdapat di dalam filem ini, membuatkan saya terasa berada di luar negara, walaupun hakikatnya CICAKMAN 2 ini dilakukan penggambarannya di Putrajaya dan kawasan persekitarannya. Walaupun ia sebuah naskah yang baik dari segi naratif dan teknikalnya, filem Cicakman 2 Planet Hitam ini jugak terdapat kekurangannya terutama pada scene ‘kejar mengejar’ antara Cicakman dan wanita jahat, Rrama. Anda boleh lihat sendiri bagaimana penggunaan CGI dilakukan di dalam scene yang cemas ini, terutamanya jika ia melibatkan pergerakan sesuatu objek. Di dalam CICAKMAN 2 ini, kecacatannya jelas kelihatan pada scene sebuah kereta yang dipandu laju oleh sekumpulan perompak yang melarikan diri daripada dikesan Cicakman. Kereta tersebut yang di CGI kan, nampak seperti sebuah kereta mainan yang menyusul laju di sebuah jalan raya. Di dalam situasi ini, saya merasakan bahawa filem CICAKMAN 2 ini dihasilkan dengan penggunaan bajet produksinya yang agak terhad, walaupun ia diumumkan oleh produser filem ini, En. Norman Abd Halim bahawa bajet keseluruhan adalah RM 2.5 juta. Jika membikin filem di Malaysia, risiko atas kualiti sesuatu filem adalah bajet produksinya. Menghasilkan efek seperti 3D, 3D Maya mahupun CGI, ia menelan berjuta-juta ringgit disamping peruntukkan masa serta tenaga kreatif adalah amat berkurangan. Ingat, jangan membuat perbandingan antara filem CICAKMAN ini dengan filem fantasi atau filem dari luar negara, kerana di Malaysia adalah amat berbeza kerana tiada seseorang produserpun mampu melaburkan bermilion-milion ringgit untuk menghasilkan filem dan kualiti seperti filem Hollywood, kerana di luar negara industri filem di sana menghasilkan sesuatu filem dengan bajet keseluruhannya mencecah puluhan juta ribu ringgit. Di Malaysia, mimpi sajalah semua itu, kerana pelbagai risiko harus difikirkan kerana kita perlu menghadapi pelbagai cabaran daripada lanun cetak rompak dan kerugian sekiranya filem kita ditonton dirumah dalam cakera DVD cetak rompak bukannya di pawagam.

p/s: Berita Tergempar!!.. filem Cicakman 2 – Planet Hitam akan menjadi filem pertama dari Malaysia dijemput untuk ‘World Premier’ di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke 13 di Korea Selatan, pada 2 hingga 10 Oktober nanti… Belum apa-apa lagi dah membawa filem Malaysia ke persada Antarabangsa. Saya pasti filem ini akan mengutip kutipan box office pecah panggung.. Mungkin RM 9 juta kot..


Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
"p/s: Berita Tergempar!!.. filem Cicakman 2 – Planet Hitam akan menjadi filem pertama dari Malaysia dijemput untuk ‘World Premier’ di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke 13 di Korea Selatan, pada 2 hingga 10 Oktober nanti…"

aku tahu niat kau baik, nak tolong hype kan filem-filem tempatan. tapi

1.festival film pusan dah lepas.

2.Cicakman 2 bukan filem pertama dari Malaysia yang dijemput untuk 'World Premiere' di PIFF. 3 tahun kebelakangan ini je sekurang-kurangnya 4 filem Malaysia yang 'World Premiered' di PIFF. dua dari filem ni menang anugerah utama dalam satu2nya kategori pertandingan yang ada - iaitu untuk filem pertama dan filem kedua dari mana-mana pembikin filem.

3. Cicakman 2 terpilih untuk kategori 'cameo' SuperHeroes in Asia. ini lebih kurang kategori sekali seumur hidup festival ni.

baiklah. itu saja pembetulan buat masa ni. teruskan menulis! sekian terima kasih.

yang benar tapi tak gempak,
Ani