FFPVM 6, 2009 at UPM, this weekend..

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia yang ke-enam, kembali lagi. Ia akan di adakan hujung minggu ini, mulai 8 hingga 10 Januari 2009 bertempat di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Festival ini akan menghimpunkan karya-karya terbaik dari ribuan penyertaan dari pelbagai sekolah dan institusi filem di Malaysia. Ia mengalu-alukan kedatangan para karyawan, pelajar, peminat dan para blogger filem untuk sama-sama menghadiri festival ini yang turut menayangkan beberapa filem pendek yang terpilih sebagai antara top 5 bagi merebut 30 Anugerah Cipta yang dipertandingkan. Festival ini adalah mendapat tajaan sepenuhnya daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS ). Di antara kategori yang dipertandingkan ialah:-

ANUGERAH PERDANA - FILEM PENDEK

  1. Video Pendek Terbaik
  2. Pengarah Video Pendek Terbaik
  3. Pelakon Lelaki Terbaik
  4. Pelakon Wanita Terbaik
  5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  7. Lakon Layar Terbaik
  8. Skrip Terbaik
  9. Suntingan Terbaik
  10. Sinematografi Terbaik
  11. Penataan Bunyi Terbaik

ANUGERAH PERDANA – DOKUMENTARI

  1. Dokumentari Terbaik
  2. Pengarah Dokumentari Terbaik
  3. Penyelidikan Dokumentari Terbaik
  4. Visual Terbaik
  5. Suntingan Terbaik

ANUGERAH CIPTA

  1. Anugerah Filem Pendek (Cereka) Terbaik
  2. Anugerah Video Pendek (Cereka) Terbaik
  3. Anugerah Filem/Video Eksperimental Terbaik
  4. Anugerah Filem/Video Dokumentari Terbaik
  5. Anugerah Filem/Video Animasi Terbaik
  6. Anugerah Program Bual Bicara atau MCP terbaik
  7. Anugerah Video Muzik Terbaik
  8. Anugerah Iklan/Promo Terbaik
  9. Anugerah Pengarah Filem Pendek (Cereka) Terbaik
  10. Anugerah Pengarah Video Pendek (Cereka) Terbaik
  11. Anugerah Sinematografi Terbaik
  12. Anugerah Pengarahan Seni Terbaik
  13. Anugerah Penyuntingan Terbaik
  14. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
  15. Anugerah Khas Juri (3 Anugerah)


SENARAI AKHIR PENCALONAN TOP 5 BAGI KATEGORI FILEM PENDEK & DOKUMENTARI

* sinopsis setiap filem ini boleh di baca di laman
http://www.sinemamalaysia.com.my/ffvp.php?mod=synopsis




PERBENTANGAN SUPER PITCH ANUGERAH PERDANA
8 November 2008 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
Dewan Za’ba Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

Satu perbentangan Super Pitch bagi anugerah perdana akan diadakan bagi memberi peluang kepada semua pelajar yang telah menghantar proposal untuk Anugerah Perdana. Ini bertujuan untuk memilih 5 Video Pendek dan 5 dokumentari terbaik. Pelajar akan diberi peruntukkan berbentuk kewangan dan juga peralatan bagi menjayakan projek yang terpilih.

SIDANG AKHBAR DAN PENYERAHAN CEK ANUGERAH PERDANA
10 November 2008 (8.00 pagi hingga 12.00 tgh)
Dewan Za’ba Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

Majlis penyerahan cek dan Klinik sehari bersama Panasonic akan berlansung Pada 10 Januari 2008 bertempat di Dewan Za’ba UPM. Ini bagi memperkenal kan para pelajar yang telah terpilih untuk menyertai Anugerah Perdana. Klinik Bersama Panasonic pula akan berlangsung pada hari yang sama untuk mengajar para pelajar cara bagaimana untuk mengguna kan peralatan Panasonic bagi tujuan pengambaran.

Permulaan Pengambaran Bagi Anugerah Perdana
15 November 2008

Tarikh Tutup Anugerah Cipta
30 November 2008

KONVENSYEN PERFILEMAN
8 Januari 2009 (9.00 pagi - 5.00 petang)
Dewan Banquet, UPM

Satu Konvensyen Perfileman yang khusus akan membincangkan peranan dan tanggungjawab institusi pengajian tinggi (IPTA) dalam melahirkan modal insan untuk mengisi keperluan industri perfileman dan penyiaran negara akan diadakan semasa festival ini berlangsung.

Perbincangan dalam konvensyen ini juga menjurus kepada aspek keperluan pendidikan dan latihan pada peringkat pengajian tinggi yang sepatutnya menjadi tonggak dalam melahirkan modal insan yang terdidik secara formal dalam bidang ini. Modal insan yang terlatih ini diharap dapat menghasilkan karya bermutu dalam mengisi keperluan industri perfileman dan penyiaran negara.

Resolusi daripada konvensyen ini akan dapat menjadi panduan kepada pembuat dasar dalam memartabatkan dan meningkatkan mutu perfileman di Malaysia.

Tema Konvensyen : IPT-Tonggak Modal Insan Industri Perfileman
Sasaran Penyertaan : Pembuat Dasar, Ahli Akademik, Penggiat Filem, Pengkritik Filem, Pelajar IPT

TAYANGAN DAN APRESIASI FILEM TEMPATAN/ANTARABANGSA
8-10 Januari 2009
Dewan Za’ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

Beberapa filem tempatan yang telah ditayangkan atau belum ditayangkan di pawagan akan ditayangkan secara percuma bagi tujuan apresiasi pelajar dan penonton. Penerbit, pengarah, pelakon akan diminta hadir untuk berkongsi pengalaman serta mendengar pandangan daripada penonton dalam sesi soal jawab. Secara tidak langsung pelajar IPT dapat mempelajari teknik dan pengalaman penerbit, pengarah, dan pelakon dalam bidang perfileman dan penyiaran.

TAYANGAN BAGI ANUGERAH PERDANA CIPTA
8-10 Januari 2009
Jabatan Komunikasi,Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM

Tayangan bagi Anugerah Perdana dan Cipta ialah tayangan bagi penyertaan yang dihantar kepada urusetia. Tayangan ini dibuat untuk memberikan peluang kepada pelajar serta orang ramai menonton hasil produk yang telah dihantar untuk menyertai festival filem dan video pelajar kali ini. Ini juga untuk memberikan peluang kepada penonton untuk menilai sendiri karya yang dipertandingkan. Dalam festival filem pelajar sebelum ini, orang ramai hanya dimaklumi pemenang pada Malam Anugerah tanpa dapat menonton hasil karya tersebut.

Untuk tujuan tayangan ini, dicadangkan hanya SEPULUH (10) penyertaan terbaik bagi setiap kategori dalam Anugerah Perdana dan Cipta dipertontonkan dalam tempoh tiga hari sepanjang festival berlangsung. Sepuluh penyertaan terbaik ini juga akan sentiasa diulang tayang dalam skrin Plasma yang dipasang di UPM. Penyertaan terbaik ini juga akan dipaparkan di portal Sinema Mlaysia, FINAS. Portal Sinema Malaysia akan menjadi laman sesawang utama bagi Festival Filem dan Video Pelajar kali ini.

*Tertakluk kepada perubahan


credit to : Sinema Malaysia Portal..

so.. apa lagi.. semua di jemput hadir ke Festival filem tersebut....



Catat Ulasan

0 Ulasan