'Jalan Mati.... Melodrama yang agak klise..'

(Daripada filem Jalan Mati arahan Zamir Zulkafli.. Untuk menonton video ini, sila ke buletin semalam.)

Jika ditanya pada saya, apakah keistimewaan yang terdapat dalam filem 'Jalan Mati' ini?. Terus terang saya katakan Jalan Mati merupakan sebuah naskhah yang memaparkan isu yang agak klise dan remeh dalam kelompok masyarakat Malaysia. Walaupun elemen kasih sayang yang ingin diangkat di dalam filem ini berjaya menyuntik perasaan penonton, tetapi persembahan visual pada keseluruhan filem ini agak sederhana dan seakan-akan sebuah drama tv mahupun telemovie yang kebanyakkannya boleh dilihat telah memonopoli beberapa stesen TV tempatan. Isu penyalahgunaan dadah dalam sesebuah filem dilihat agak taboo dan ia hampir sama dengan mana-mana konsep filem feature yang ada di Malaysia. Jadi, sekiranya karya ini dijual pada stesen tv tempatan, ia masih boleh diterima dan tidaklah seteruk mana kerana penerimaan penonton di Malaysia pada mana-mana karya yang mengetengahkan elemen ini adalah amat memberangsangkan. Tetapi, jika Jalan Mati dipersembahkan dengan kekuatan visual, sinematografi, lakonan dan pemilihan pelakon untuk masa akan datang, maka ia akan dilihat sebuah karya yang mungkin akan memukau khalayak penonton tempatan dan antrabangsa. Oleh itu, kegagalan filem ini adalah dari sudut visual, skrip dan garapan naratif penceritaannya, barangkali ia adalah naskhah dari pelajar filem, masih boleh di maafkan. Justeru, filem ini perlu diperbaiki seandainya Zamir Zulkafli mahu menghantar karyanya ke beberapa festival filem pelajar mahupun festival filem pendek tempatan mahupun antarabangsa.

p/s: Idea dan konsep Zamir sudah ada dalam filem ini, tetapi ia perlu diperbaiki dengan pembinaan struktur 3 act yang lebih sempurna agar ia dilihat sebuah karya yang kuat. Saya tidak bersetuju sekiranya filem ini di kaitkan dengan karya-karya Yasmin Ahmad, kerana saya dapati ia lebih jauh bezanya.

** untuk filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan