Mampukah 'Worldstar Road To Hollywood' yang akan disiarkan secara langsung di TV2 malam ini di katakan sebuah program realiti yang menjamin masa depan setiap para peserta dan pemenang yang berjaya?. Tidak seperti Akademi Fantasia, One in A Million dan Bintang RTM, Worldstar sebuah program pencarian bakat untuk di bawa ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat, disertai peserta daripada serata pelusok dunia dari pelbagai peringkat umur dan kategori pertandingan seperti nyanyian, tarian, lakonan dan modeling, instrumental dan variety act. Ia merupakan acara pertandingan persembahan pentas yang terbesar di dunia. Ketika sidang media di Istana Budaya beberapa hari lepas, Datuk Mohammed Mohd Daud berkata, 'program seumpama ini menjamin masa depan dan pemenang yang terpilih akan dibawa ke Los Angeles sepertimana kejayaan Ikhwal dan Noryn Aziz yang telah mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia'. Turut beraksi pada malam ini untuk merebut gelaran yang terbaik, penyanyi Bob AF dan Siti Sarah Raisuddin juga turut beradu nasib. Yang lain adalah peserta baru yang diujibakat oleh pihak Kementerian dari seluruh Malaysia. Ingin menyaksikan persembahan hebat dari Panggung Sari, Istana Budaya malam ini?. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang memeriahkan acara di Istana Budaya pukul 8.30 malam dan ia dipancarkan juga di TV2....
yang menarik masa Ujibakat di Kuantan, Pahang bulan lepas ialah kategori Tarian yang cukup memukau.. cuma, apakah malam ini worldstar akan berjaya?. Nantikan sahaja malam ini..
0 Ulasan