Anugerah Media Islam Negara Kini Kembali....!


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan hormatnya menganjurkan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) buat kali ketiga untuk tahun 2009 ini, mengalu-alukan penyertaan daripada semua pihak samada agensi kerajaan, swasta, organisasi, persatuan dan individu yang terlibat dalam program berunsur Islam melalui media elektronik, media web dan media cetak dipelawa mengemukakan pencalonan. Setiap pencalonan itu di bahagikan kepada ENAM kategori, antaranya:-.

1. Anugerah Penerbitan Radio

1. Dokumentari Berunsur Islam Radio Terbaik
2. Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik
3. Bicarawara Berunsur Islam Radio Terbaik
4. Penyampai Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik
5. Penyampai Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik
6. Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik
7. Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik
8. Drama Berunsur Islam Radio Terbaik
9. Skrip Drama Berunsur Islam Radio Terbaik
10. Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Lelaki Terbaik
11. Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Wanita Terbaik

2. Anugerah Penerbitan TV
1. Dokumentari Berunsur Islam TV Terbaik
2. Majalah Berunsur Islam TV Terbaik
3. Bicarawara Berunsur Islam TV Terbaik
4. Penyampai Rancangan Agama TV Lelaki Terbaik
5. Penyampai Rancangan Agama TV Wanita Terbaik
6. Tetamu Undangan Rancangan Agama TV Lelaki Terbaik
7. Tetamu Undangan Rancangan Agama TV Wanita Terbaik
8. Drama Berunsur Islam TV Terbaik
9. Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik
10. Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik
11. Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik

3. Anugerah Penerbitan Media Cetak
1. Akhbar Terbaik
2. Terbitan Berkala Terbaik
3. Rencana Umum Terbaik
4. Rencana Ilmiah Terbaik
5. Buku Umum Terbaik
6. Buku Ilmiah Terbaik

4. Anugerah Laman Web
1. Laman Web/Blog Berunsur Islam Individu Terbaik
2. Laman Web Berunsur Islam Organisasi Terbaik

5.Anugerah Khas Juri
-Anugerah Khas Juri

6. Anugerah Perdana Media Islam Negara
-Anugerah Perdana Media Islam Negara

HADIAH
Pemenang akan menerima hadiah berupa trofi, hadiah iringan, wang tunai dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

TARIKH TUTUP
Tarikh tutup pencalonan ialah pada 30 Jun 2009.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi urus setia di talian 03-88864442 / 4465 / 4456 atau hubungi:

Urus Setia
Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Ketiga
Bahagian Penerbitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 4, Blok D9, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 Putrajaya
Tel: 03-88864442/4465/4456
Faks: 03-88892046

Untuk mendapatkan borang dan syarat-syarat pencalonan sila klik di bawah:

BORANG PENYERTAAN...
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2009/amin/borang.pdf

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN...
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2009/amin/syrtsmin09.pdf


Untuk makluman anda, Anugerah Media Islam Negara (AMIN) ialah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada pengamal media yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam memartabatkan Islam sebagai penggerak kemajuan ummah dan negara.

**so kepada anda.... lekaslah hantarkan penyertaan anda sekarang!!**


Catat Ulasan

0 Ulasan