Gelaran Datuk pada Sudirman Hj. Arshad?


Hari ini, 6 hb Jun 2009 merupakan hari terakhir bagi konsert Untukmu Sudirman Hj. Arshad yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam. Kepada anda yang belum menyaksikan konsert penuh makna daripada Bintang Emas Pictures ini, bolehlah segera mendapatkan tiket istimewa konsert ini di kaunter Box Office, Istana Budaya sekarang. Tentunya ia menjanjikan kepuasan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.

Apabila bercakap mengenai kejayaan demi kejayaan serta penghargaan dan pengiktirafan antarabangsa kepada lagenda muzik, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang telah banyak menabur jasa kepada masyarakat melalui muzik dan seni, tidak terfikirkan kita bahawa anak seni ini perlu di beri penghargaan istimewa seperti insan seni lain terutamanya Tan Sri P.Ramlee. Anugerah demi anugerah yang kita saksikan kebelakangan ini terutamannya di majlis-majlis seniman termasuk Hari Seniman Negara selalunya akan menghargai dan mengiktiraf insan seni lain, khususnya seniman dan seniwati dalam dunia lakonan. Dunia muzik seolah-olah tidak dipandang walaupun jasa dan bakti penggiat seni muzik di Malaysia adalah merupakan makanan seharian bagi halwa telinga masyarakat Malaysia.

Paling menggemparkankan Industri Hiburan dan Filem Tempatan ialah penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka kepada bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang membawa gelaran Datuk pada Oktober 2008. Pengganugerahan ini telah mencetuskan kontoversi kepada segelintir penggiat seni tempatan yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap majlis itu yang di adakan bagi menyambut Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Berbalik kepada Allahyarham Sudirman Hj. Arshad, jasa dan baktinya di dalam industri muzik tempatan tidak dapat di cari penggantinya. Keiltizaman dalam menongkah arus dunia seni muzik tempatan sehinggakan beliau ( Sudirman ) mengharumkan nama Malaysia di Royal Albert Hall, London pada 1989 adalah sejarah yang tidak dapat dilupakan barangkali kepada Industri Muzik mahupun insan seni yang hidup pada zaman tersebut. Kewajaran atas pengorbanan jasa Sudirman Hj. Arshad di dalam arena muzik perlu dipandang tinggi oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Persoalan demi persoalan seringkali tertanya-tanya oleh ramai pihak, apakah Sudirman Hj. Arshad tidak layak untuk dihargai dengan gelaran Datuk mahupun Tan Seri?. Dan sampai bilakah kita perlu menghargai artis luar negara dengan gelaran Datuk ciptaan kita sendiri tanpa memberi penghargaan seumpama itu kepada insan seni tempatan walaupun jasa dan bakti yang dicurahnya menjadi transformasi kepada indutri muzik dan hiburan tempatan.

Justeru, pengorbanan dan jasa Allahyarham Sudirman Hj. Arshad tidak dipandang sepi bagi produksi Bintang Emas Pictures, melalui penerbit eksekutifnya, Eja Ibrahim dengan mengadakan konsert Untukmu Sudirman yang kini dipentaskan sehingga malam ini di Istana Budaya mengalu-alukan kedatangan anda semua kerana malam ini khabarnya ada persembahan yang cukup memukau dan menggemparkan. Apakah yang dipersembahan malam ini?. Sama-sama kita serbu ke Panggung Sari Istana Budaya malam ini jugak.

Oleh itu, seandainya satu hari nanti Allahyarham Sudirman Hj. Arshad menerima gelaran Datuk daripada Kerajaan Malaysia, tentunya ini mungkin satu penghargaan berprestij kepada insan seni kelahiran Temerloh, Pahang. Jika tidak, satu kerugian maha dasyat kepada Industi Muzik tempatan kerana 'tanpa muzik Sudirman, siulan dan idealistik pengkarya kita tidak akan merujuk kepada kejayaan beliau sehingga Industri Muzik tempatan kita disanjungi dan di hargai walaupun berada di puncak dunia dengan jayanya..

Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman H. Arshad yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Februari 1992. Semoga rohnya dicucuri rahmat...
-amin-

Catat Ulasan

0 Ulasan