Perlukah di wujudkan satu saluran khas untuk semua filem sepanjang zaman?

Ketika astro melancarkan slot 'Mustika' yang menampilkan 3 saluran berbayar, 'Citra, Warna dan B4U' yang telah beroperasi pada 1 Jun 2009, beberapa rakan blogger dan karyawan filem masing-masing memberikan persepsi dan pandangan yang berbeza. Ada di antara mereka yang menyokong langkah itu dan ada juga yang mengkritik. Kata sesetengahnya, 'walaupun channel baru, jika di tayangkan filem yang sama juga di tayangkan di saluran astro lain maka saluran baru tersebut tiada keistimewaannya'. Bagi saya, langkah yang di ambil astro itu dalam memperkenalkan Mustika dengan 3 rangkaian baru adalah usaha yang perlu disokong dan dilihat ke arah positif kerana ia sekaligus memartabatkan industri hiburan dan filem negara. Walaupun pelbagai rangkaian astro menayangkan pelbagai genre filem samada tempatan, hollywood mahupun bollywood di beberapa saluran seperti 'Ria, Prima, Citra, B4u, Astro Box Movies' dan sebagainya, namun seperkara yang tidak terfikir mereka ialah 'perlu diwujudkan satu saluran lain dan khas yang menjurus kepada filem-filem tempatan dan antarabangsa yang merangkumi rangkaian klasik, era kini dan box office'. Ini menerangkan bahawa di Malaysia, walaupun kita mempunyai banyak stesen tv samada kerajaan mahupun swasta, dengan paparan pelbagai rancangan samada filem melayu, english, dan bollywood, tetapi yang menjadi persoalan di kalangan penggiat filem serta pemerhati industri ialah 'perlunya satu saluran filem khas di mana slot ini perlu menayangkan filem-filem umpamanya filem tempatan dari awal 1930 an hinggalah era kini 2009'. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa perlu sebegitu?. Ini kerana, walaupun kita berada di era 2009, tetapi masih lagi banyak filem-filem tempatan yang tidak pernah di tayangkan umum samada di kaca tv mahupun di layar lebar. Ini amat penting kepada generasi baru sekaligus menghargai khazanah filem negara yang amat bernilai. Namun begitu, satu saluran filem khas ini perlu diwujudkan bagi menayangkan filem-filem melayu klasik dari zaman bermulanya filem melayu hinggalah kini ( filem baru ), di mana keperluannya cuma pada filem bukan drama. Bukan setakat filem tempatan, mungkin antarabangsa juga perlu difokuskan kepada satu lagi rangkaian sepertimana harapan saya terhadap saluran melayu baru itu.

Walaupun kita berhadapan dengan saluran Prima, Ria dan Citra yang juga menayangkan filem-filem klasik tempatan samada filem lama atau baru, ia boleh di katakan tidak mencukupi kerana saluran tersebut menayangkan pelbagai segmen termasuk hiburan. Perkara yang perlu difokuskan ialah filem yang meliputi khazanah sepanjang zaman yang mampu meninggalkan nostalgia barangkali kepada seniman dan seniwati mahupun beberapa individu yang pernah hidup pada zaman tersebut. Dalam hal ini, bermaksud 'perlu saluran filem tempatan sahaja, yang menayangkan semua filem tempatan dan ia mestilah jangan di campur adukkan dengan drama mahupun telemovie'. Sebagai contoh, kita mahukan saluran itu seperti saluran 'HBO, MAX dan Star Movies', tetapi kita perlu jadikan ia sebagai Malay Central, di mana fokusnya kepada filem tempatan sahaja bermula dari klasik, 90 an dan kini. Mungkin ada 3 segmen, pagi klasik, petang 90 an dan malam- kini'. Jika perkara ini di fikirkan astro ataupun stesen tv lain yang mahu mewujudkan rangkaian baru seperti yang dinyatakan, saya percaya sambutannya pasti menggalakkan. Jika astro, mungkin saluran itu perlu di langgan sepertimana anda melanggan Astro Box Office Movies , HBO, Max dan Star Movies. Walaupun pelbagai iniasitif di ambil kerajaan merealisasikan pelbagai perkara berkaitan industi hiburan dan filem tempatan, tetapi jika tidak disusuli dengan idea, pemikiran dan perlaksanaanya, maka ia tidak akan berhasil dengan jayanya. Oleh itu, harapan saya agar Malaysia perlu berubah dalam mewujudkan suasana baru dalam penerbitan filem mahupun rangkaian televisyen agar setiap apa yang kita hasil dan terbitkan sepanjang zaman bermula dari awal 30-an hingga kini dapat ditonton oleh setiap generasi tidak kira tua, muda mahupun yang akan lahir, khazanah negara terpelihara dan di hargai.

**apa kata saya namakan saluran baru tersebut.. Malay Central...** anda pula bagaimana?

Catat Ulasan

0 Ulasan