Tribute to Allahyarham Ustaz Asri di TV3..... petang ini!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. nampaknya stesen TV3 akan menyiarkan secara ekslusif petang ini, bermula jam 6.00 petang (Jumaat, 21 Ogos 2009), tribute istimewa buat Allahyarham Ustaz Mohamad Asri bin Haji Ibrahim iaitu vokalis utama Kumpulan Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009 yang lalu. Tribute khas yang akan ditayangkan sejam itu akan memaparkan kompilasi persembahan Kumpulan Rabbani sewaktu Malam Sinar Maulidur Rasul 1428H (2007) dan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H(2009) yang menampilkan persembahan duet bersama Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search, Akhir Havy dan Mawi.

Bukan itu saja, penonton juga akan disajikan detik-detik pengebumian Allahyarham Ustaz Asri serta wawancara khas bersama ahli Kumpulan Rabbani. Di samping itu, penonton juga boleh mengirimkan SMS takziah secara online yang akan dipaparkan melalui 'crawler' ketika program disiarkan. Justeru, buat pembaca setia portal ini dan pada semua umat islam yang meminati Kumpulan Rabbani, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Mohamad Asri bin Haji Ibrahim, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Pada anda yang ingin menyaksikan rakaman Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H (2009) yang telah diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan koleksi Rabbani 'Malam Sinar Maulidur Rasul' dalam bentuk VCD yang telahpun berada dipasaran sekarang!. Milikilah yang original.

p/s: To En Azadan Rabbani: Koleksi Rabbani nie tak ada dalam bantuk DVD ke? Ini rakaman penuh kan?. Alhamdulillah akan saya miliki untuk dijadikan koleksi peribadi di bulan Ramadan. Kepada pihak Astro terutamanya, Astro Oasis.. bile pulak korang nak wujudkan saluran khas bagi mengenang Allahyarham Ustaz Asri di Astro?. harap2 la ye...

**Kepada seluruh umat muslimin dan muslimat, Amy Ikram ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa esok... Sabtu 22 Ogos 2009. Puasa ye...**


Catat Ulasan

0 Ulasan