Zulkifli Azman.... vokalis baru Rabbani!


Zulkifli Azman (dua dari kiri) bakal mengantikan Ustaz Asri dalam kumpulan Rabbani.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas pemergian vokalis utama kumpulan nasyid popular Rabbani, Ustaz Asri Hj Ibrahim ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009, industri hiburan nasyid seolah-olah sepi seketika. Kelunakkan suara Ustaz Asri mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, disamping laungan azan setiap kali waktu solat dan berbuka puasa di kaca tv (RTM1 umpamanya) sememangnya tidak dapat ditandingi kehebatannya. Apatah lagi lagu-lagu nasyid dendangannya seperti 'Irtihal, Pergi Tak Kembali, Berpaut Pada Sabdamu dan sebagainya' berjaya meletakkan Rabbani sebagai kumpulan nasyid terunggul dan menjadi contoh antara kumpulan nasyid yang berjaya di Malaysia dan luar negara.

Namun begitu, semuanya hanya tinggal kenangan kerana Ustaz Asri dijemput menghadap Illahi di kala kita masih memerlukannya. Walaupun meninggalkan banyak kenangan manis yang mungkin tidak ada pegantinya, namun Kumpulan Rabbani tetap utuh dipersada hiburan kerana memiliki purata peminat yang cukup tinggi. Kehilangan Ustaz Asri menimbulkan banyak pertanyaan dikalangan rakan nasyid dan peminat setianya, iaitu siapakah yang akan menggantikan Ustaz Asri bagi menerajui vokalis utamanya?. Menurut Azadan, jurucakap Rabbani, 'kami bersepakat memilih Zulkifli Azman yang juga ahli kumpulan Rabbani bagi menggantikan tempat Ustaz Asri sebagai vokalis utama kerana ia memiliki suara yang agak baik dan kami juga berharap agar Rabbani akan kekal bersama dan tidak akan berpecah'.

Justeru, kepada peminat setia kumpulan Rabbani, jangan lepaskan peluang anda untuk memeriahkan bulan Ramadan yang mulia ini di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya kerana mereka akan mengadakan persembahan ekslusif sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti menarik tentunya, walaupun tanpa Ustaz Asri di sisi.
Rabbani melancarkan portal khas buat Al-Marhum Ustaz Asri yang boleh dilayari di laman ekslusif ini.
sila klik
http://www.event4u.com.my/index2.html


p/s: Alhamdulillah.. walaupun tanpa Ustaz Asri, saya mengharapkan agar Rabbani akan teruskan perjuangan dalam menegakkan syiar islam menerusi lagu-lagu nasyid ciptaan dan dendangannya. Yang pastinya, Salam Ramadan buat anda semua pembaca setia blog ini dan juga kepada kumpulan Rabbani seluruhnya.
semoga roh Almarhum Ustaz Asri tenang di sana dan dicucuri rahmat. AMIN.

Catat Ulasan

1 Ulasan

adie berkata…
hey ho…
happy fasting to you !
may the fasting month be meaningful this year!
take care!