Gempar seketika industri hiburan Malaysia apabila gambar 'panas' membabitkan penyanyi remaja popular, Aliff Aziz tersebar meluas di internet. Apakah motif penyebaran gambar tersebut?. Adakah untuk melariskan namanya atau sekadar mencari kontroversi?. Jom kita baca pengakuan Aliff Aziz mengenai kenyataannya berhubung penyebaran gambar tersebut di internet!.
sumber: mstar.com
sumber: mstar.com
- "Saya akui telah lakukan kesilapan besar itu di Singapura. Sejujurnya, saya amat menyesal dan berharap semua yang tersinggung dapat memaafkan saya," luah penyanyi Aliff Aziz dan nada kesal berhubung isu gambar 'panas' yang sedang tersebar di internet.
- "Sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan perkara ini. Saya pun baru saja tahu tentang penyebaran gambar itu di internet.
- "Saya manusia biasa dan saya memang tidak terlepas dengan kesalahan. Tetapi macam mana pun, itu bukan satu 'escape' untuk saya 'lepaskan' diri.
- "Saya bertanggungjawab dengan apa yang tersebar itu. Benda dah terjadi, jadi saya kena tanggung akibatnya. Ibubapa saya juga amat sedih bila dapat tahu tentang perkara ini.
- "Sebab itulah saya tidak mahu menjelaskan dengan terperinci tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku dan ini adalah satu pengajaran kepada saya supaya menjadi lebih matang".
- "Seperti yang saya katakan tadi, tak perlulah saya terangkan lebih-lebih. Saya sendiri tidak ingat bila gambar itu diambil dan saya juga tidak berapa pasti siapa perempuan itu kerana kami berada di sana di dalam satu kumpulan".
- "Dan saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau tidak kerana apapun, saya akui itu adalah silap saya".
- "Maafkanlah kesilapan saya dan saya cukup berharap peminat-peminat akan terus menyokong karier saya. Buat masa ini, saya dah tak tahu apa lagi yang boleh saya buat selain meminta maaf kepada semua,".
4 Ulasan
kalau org menegur kesilapan org, dikatakan menyibuk tepi kain orang.
tp hakikatnya, makin kita cuba berfikiran terbuka, makin kita jauh daripada perkara yg mumaiyiz.
no offense, but saya rasa saudara bertanggungjawab atas apa yg saudara tulis, harap sesiapa yg baca tulisan saudara ni dapat menilai yg hak dan batil.
erm......menarik tuh....