Dana RM200 juta... Majukah Industri Kreatif Negara?


Di dalam pembentangan Belanjawan 2010 hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan memperuntukkan dana berjumlah RM 200 juta khususnya kepada industri hiburan negara, merangkumi dunia filem, drama, muzik, pengiklanan, animasi dan sebagainya. Peruntukkan dana tersebut memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap dunia kreativiti tempatan yang menjurus kepada teknologi perfileman, perkembangan idea serta konsep dan keuntungan kepada pelaburan sesebuah projek yang dicetuskan. Penambahan ini merupakan insentif terbaik kepada karyawan tempatan dalam menyajikan kandungan yang bermutu bahkan dilihat sebagai daya penggerak kepada kemajuan dan perkembangan industri kreatif negara. Walau sebanyak manapun peruntukkan yang diberi kerajaan kepada industri hiburan khususnya dalam dunia perfileman, apakah karyawan tempatan kita akan memanfaatkan kemudahan yang diberikan dengan sebaik mungkin?. Adakah kita akan disajikan lagi dengan karya-karya klise, komedi murahan dan syok sendiri daripada pengarah-pengarah filem sedia ada yang hanya mencari keuntungan berbanding mutu dan nilai sesebuah cerita? Seandainya kita tidak berubah untuk membawa naratif filem kita sendiri ke persada dunia walaupun kerajaan melaburkan kira-kira RM 200 juta untuk kemajuan industri perfileman, janganlah harap untuk meletakkan sinema kita ke peringkat tertinggi dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia, seandainya kita hanya bercakap pandai tetapi sukar untuk merealisasikannya.

wallahuallam.

p/s: cuma mengkagumi Allahyarham Yasmin Ahmad dan karya-karyanya...

Catat Ulasan

0 Ulasan