Seribu Warna Datuk Siti.... bakal gamatkan Shah Alam!!

Selepas kejayaannya mengadakan persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur beberapa bulan lepas, Diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kini akan mengadakan konsert terbarunya di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada 14 November 2009 pukul 8.30 malam. Konsert yang bakal memuatkan kira-kira 10,000 penonton ini merupakan konsert khas sempena ulangtahun ke 17 Hai-O Marketing Sdn Bhd yang tiketnye akan mula dijual mulai 22 Oktober 2009. Seribu Warna Datuk Siti Nurhaliza ini juga akan menampilkan Saida, Saira dan Kumpulan Coda selaku artis jemputan bagi memeriahkan konsert tersebut. Bagi anda yang ingin menyaksikan konsert tersebut, bolehlah mendapatkan tiket bernilai RM 60.00 yang boleh di dapati secara online menerusi laman ticket2U.biz. Tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat!!

p/s: Yang kecewa nak nonton Konsert Seksi Beyonce.. apa kata ubah selera anda pulak untuk datang beramai-ramai pada 14 Nov 09. Di harapkan agar Datuk Siti Nurhaliza dapat menyampaikan lagu-lagu istimewanya menerusi album Tahajjud Cinta secara ekslusif!!.. jom...

Catat Ulasan

0 Ulasan