Kutipan Papadom.. dan Produk terbaru Tayangan Unggul...


Sekalung tahniah buat Afdlin Shauki dan semua krew penggambaran termasuk produsernya, Tayangan Unggul kerana berjaya menjadikan Papadom antara filem Box Office mengatasi 2 buah filem lain, Momok The Movie dan Jin Notti. Papadom sebuah filem komedi keluarga kini berjaya memperolehi kutipan RM 3.4 juta dalam sebulan ditayangkan di pawagam berbanding Momok The Movie hanya mengutip RM 2.1 juta dan Jin Notti RM 2.05 juta. Menurut Gayathri Su Lin Pillai, penerbit eksekutif Tayangan Unggul berkata, kejayaan Papadom di Festival Filem Malaysia ke-22, 2009 membuktikan bahawa karya ringan seperti Papadom diterima umum sehingga mengutip pulangan yang memberangsangkan. Ini sekaligus menggembirakan keseluruhan tenaga produksi termasuk sutradaranya, Afdlin Shauki. Menarik mengenai Papadom, filem terbaik FFM 22, 2009 ini khabarnya akan ditayangkan secara ekslusif di Osaka Asean Film Festival di Jepun pada Mac 2010 depan. Selain itu, tayangannya di Singapura akan menyusul kemudian. Pada Ogos 2010, Tayangan Unggul akan menyediakan buah tangan ketiga daripada Afdlin melalui Tayangan Unggul, berjudul ‘Misteri Jalan Lama’ yang bergenre drama fantasi dan horror. Manakala bagi menutup tayangan filem Malaysia untuk tahun 2009, filem ' Duhai Si Pari-Pari' lakonan mantap pelakon kontroversi, Remy Ishak akan di tayangkan di pawagam mulai 31 Disember 2009.

Ketika ditemui semasa Majlis Penghargaan Industri Filem di Kompleks Studio Merdeka Finas, penerbit eksekutif Naga VXS, Norhafizah atau Kak Jib pula memberitahu saya bahawa filem arahan terbaru Mamat Khalid ' Hantu Kak Limah Balik Rumah' akan memulakan penggambaran pada 15 November 2009. Ia merupakan produk komedi seram Mamat Khalid selepas Zombi Kampung Pisang yang di katakan filem melayu yang 'ape-ape ntah'. Justeru, kerancakkan sinema Malaysia tidak akan lengkap tanpa naratif dan olahan pengarahnya dalam menyampaikan sesuatu kepada khalayak. Namun, kesimpulannya antara Afdlin Shauki dan Mamat Khalid, masing-masing mempunyai perbezaannya yang tersendiri.

Wallahuallam.

p/s: Dengar-dengar khabar, Azwan Annuar berlakon dalam filem Hantu Kak Limah tue.. huhu Betulke??!

Catat Ulasan

0 Ulasan