Menangi 2 pas percuma ke tayangan premier "Muallaf"!


Diarahkan oleh Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22, Yasmin Ahmad yang mengejutkan peminat apabila dia meninggal dunia pada 25 Julai 2009, "Muallaf" memfokuskan persahabatan, kemaafan dan berhadapan dengan kisah silam. Yasmin cuba menyingkap kisah tiga jiwa yang masih mencari erti kehidupan sebenar dan bagaimana mereka menempuh suka-duka bersama. Ia mengisahkan dua adik-beradik, Rohani (Sharifah Amani), 20 tahun, dan Rohana (Sharifah Alesya), 14 tahun, melarikan diri daripada ayahnya yang kaya dan suka mendera. Ketika cuba mencari perlindungan di sebuah pekan, mereka telah bertemu Brian Goh (Brian Yap), seorang guru sekolah beragama Kristian Katolik yang kagum dengan keberanian dan ketabahan kedua adik-beradik ini dalam berhadapan dengan kesusahan. Persahabatan terjalin antara mereka memaksa Brian berhadapan dengan kisah silamnya yang bermasalah ketika zaman kanak-kanak.

"Muallaf" akan ditayangkan di pawagam bermula 24 Disember 2009.

Untuk memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan premier filem "Muallaf", anda hanya perlu menjawab tiga (3) soalan mudah. Empat puluh (40) penyertaan pertama dengan semua jawapan tepat akan dipilih sebagai pemenang!

Peraduan berakhir pada 9 Disember 2009.

MAKLUMAT TAYANGAN PERDANA 'MUALLAF'
TARIKH : 16 Disember 2009

WAKTU : 9.30 malam

LOKASI : Cathay Cineplex, Damansara, KL

SOALAN

1. Siapakah pengarah "Muallaf"?
a. Yasmin Ahmad
b. Ahmad Idham
c. Erma Fatima

2. Siapakah yang memegang watak sebagai Rohani?
a. Lisa Surihani
b. Liyana Jasmay
c. Sharifah Armani

3. "Muallaf" akan ditayangkan di pawagam pada......
a. 24 Disember 2009
b. 2 Januari 2010
c. 24 Februari 2010

CARA UNTUK MENYERTAI

Penyertaan harus dibuat melalui e-mel sahaja dengan menaip ( sila lihat di bawah ) sebagai subjek beserta nama, no kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Hantarkan penyertaan anda kepada:- peraduan@tupai.com.my

Contoh:-

Nota:-

*Peraduan akan berakhir pada 9 Disember 2009, jam 11.59 pm.
* Senarai nama pemenang akan berada di laman web www.tupai.com.my pada 10 Disember 2009.
*Notis - Pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari www.tupai.com.my untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.

p/s: Jom pi tengok ramai-ramai k.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Advertisement

Get free Muallaf tix

By Lai Swee Wei

8 Dec – "Muallaf", directed by the late Yasmin Ahmad, will make its preview screening on 16 December 2009 at Cathay Cineplex Damansara, 9.30pm. Slotted for nationwide release on 24 December 2009, moviegoers are able to be a part of this preview screening by simply printing out the coupon below and presenting it at Cinema Online's booth during Movie Fantasy Fest 2009 at e@Curve on 11 December from 11am to 12pm. Each moviegoer is entitled to redeem two (2) passes to the screening while stocks last.




Catat Ulasan

0 Ulasan