Dialog Industri Kreatif 13 Disember 2009!!!

Tarikh : 13 Disember 2009
Tempat : Auditorium P.Ramlee, FINAS
Masuk : Percuma

Berminat?. Sila hubungi untuk pendaftaran tempat : melalui email i.semesta@ymail.com dan sms atau telefon ke talian 019-3436232.

INSTITUT Kesenian dan Kajian Media Malaysia (Semesta) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menganjurkan satu majlis penerangan dan dialog mengenai peluang pekerjaan dan aktiviti dalam industri kreatif. Ia termasuk bidang filem, televisyen dan bidang kesenian lain termasuk media baru di negara ini dan bagaimana seseorang graduan atau individu boleh menyertai kegiatan yang mereka minati. Sejak sedekad yang lalu ramai yang individu sudah menjalani latihan di pelbagai bengkel, program latihan mahupun belajar di kolej dan universiti dalam bidang yang berkenaan, tetapi tidak ramai yang menyertai industri ini serta membantu menjayakannya seperti yang diharapkan. Sebahagian besar mereka yang terlatih ini tidak mengetahui bagaimana memulakannya walaupun untuk bergiat secara sambilan sebagai pelakon, penulis, penyelidik, pengarah, penerbit, pengacara dan penyumbang kepada kandungan media yang berkenaan. Dianggarkan tidak kurang 10,000 orang mendapat latihan di pelbagai institusi latihan dan pendidikan sejak tahun 1990 dan ini adalah aset atau modal insan yang sangat berguna dalam membina nilai kandungan serta wajah filem dan media baru tempatan lebih lagi apabila negara bercita-cita membangunkan rakyatnya untuk menjadi bangsa yang teguh nilai budaya dan peradabannya. Majlis penerangan, dialog dan perbincangan ini akan disertai beberapa orang ahli panel termasuk Presiden Semesta, Dr Mahadi J Murat dan dari kalangan industri dan agensi yang berkenaan yang akan diadakan pada 13 Disember ini jam 2.30 petang bertempat di Auditorium P Ramlee, Finas, Hulu Klang.

sumber info: Berita Harian

p/s: Peluang terbuka buat semua graduan filem, pelajar industri perfileman, karyawan filem tidak kira apa jua bidang hiburan di alu-alukan untuk menyertai bengkel ini secara ekslusif!!. Hubungi no. tertera di atas untuk mendapatkan tempat!!

Catat Ulasan

0 Ulasan