Tayangan Percuma Filem Jin Notti Malam ini di FINAS

Tarikh Tayangan: 12 Mac 2010
Tempat : FINAS
]Masuk: Percuma

Para peminat filem Malaysia adalah dipelawa hadir ke program Malam Bersama Bintang yang akan diadakan pada 12 Mac (Jumaat), jam 8.00 malam. Malam Bersama Bintang pada kali ini akan menayangkan filem 'Jin Nonti' lakonan Fara Fauzana dan Mawi secara percuma kepada para pengunjung.

Program Malam Bersama Bintang merupakan aktiviti sampingan yang dirancang bagi menjayakan program induk, Program Memasyarakatkan Filem (PMF). PMF bertujuan untuk menyemai dan memupuk sikap mencintai filem Malaysia dalam tempoh jangka masa panjang. Antara aktiviti sokongan PMF ialah penubuhan Kelab Pencinta Filem di kalangan IPTA/S dan Sekolah Menengah, tayangan bulanan di Pawagam Coliseum Jalan Tunku Abdul Rahman dan terbaru program Malam Bersama Bintang.Berkonsepkan irama 80-an, MBM bakal dimeriahkan dengan kehadiran pelakon terkenal, Diana Danielle, Fimie Don dan penyanyi popular, Mawi dan persembahan artis undangan seperti Ruhil, Joey BPR, Nash dan Aris Ariwatan.

Turut diadakan ialah persembahan oleh Band FINAS yang dijayakan oleh warga FINAS sendiri. Majlis akan bermula jam 8.00 malam dengan persembahan Band FINAS dan diikuti dengan persembahan artis undangan. Tayangan filem akan bermula jam 9.30 malam dan diakhiri dengan sesi bersama artis. KRU Studios juga akan membuka 'booth' menjual album soundtrack Magica dan produk keluaran syarikat berkenaan. Menambah meriah selain sesi bersama artis atau pelakon, pengunjung berpeluang memenangi kuiz dan hadiah dari KRU Studios Sdn Bhd.

Program secara santai ini turut menyediakan pelbagai juadah menerusi gerai jualan termasuk Kafe Lagenda FINAS. Malam Bersama Bintang diadakan secara percuma pada Jumaat minggu kedua setiap bulan. Program ini secara tidak langsung menjadikan Kompleks FINAS sebagai pusat kegiatan perfileman dan medan pertemuan karyawan filem dan masyarakat di samping menjayakan gagasan 1Malaysia menerusi medium filem. Pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Modal dan Insentif, 03 4104 1388 (Pn Subaidah) atau 4104 1355 (Ejah).

p/s: confirm.. aku disuruh jaga diorang nanti.. hehehe. yo la tue Pn Su..

Catat Ulasan

0 Ulasan