"Persoalan cinta dua generasi dalam 'At the End of Daybreak!'

'Cinta antara dua generasi', itulah ungkapan ringkas yang boleh dirumuskan melalui At the End of Daybreak arahan Ho Yuhang. Filem yang menampilkan pelakon kacak kelahiran Hong Kong, Chui Tien You merupakan sebuah kisah yang mengupas persoalan cinta dari pelbagai sisi. 'Cinta antara ibu dan anak ( diwakili watak Wai Ying Hung dan Chui Tien You), 'cinta pasangan kekasih yang terlanjur ( Ng Meng Hui dan Chui Tien You) dan 'cinta lama yang sangat unik (lakonan Allahyarham Yasmin Ahmad) merupakan 3 kisah cinta yang bersatu dalam sebuah cerita yang wajib ditonton oleh semua peminat filem di Malaysia.

Lambang cinta agung yang disajikan Ho Yuhang menerusi At the End of Daybreak boleh dilihat menerusi hubungan antara ibu dan anak yang menyayangi antara satu sama lain ; cuma kekadang ada konflik yang tercetus antara mereka selepas kemurahan cinta terbongkar antara anaknya Tuck Chai dengan remaja belasan tahun, Ying. Hubungan ini memberikan polimek kekeluargaan yang agak kritikal selepas keluarga Ying mengetahui hubungan seks yang dilakukan anaknya, Ying dengan Tuck Chai, lelaki kacak dalam filem Ho Yuhang ini. Kematian watak Tuck Chai dan Ying pada akhir filem ini sebenarnya sebuah kisah 'cinta mati' yang boleh diingati sebagai paparan tragedi yang memberikan amaran dalam plot permulaan filem ini. Pada awal cerita ini bergerak, Ho Yuhang menyajikan imej-imej 'binatang' sebagai satu simbol kepada naratif dan kekuatan lakon layarnya. Imej 'tikus yang disimbah air panas lalu mati' merupakan gambaran tragedi yang agak menakutkan, 'visual kucing dan ikan dalam aquarium' merupakan dua ikon cerita yang disajikan Ho Yuhang dalam At the End of Daybreak. Ia mewakili watak Tuck Chai lakonan Chui Tien You ( kucing), manakala Ying lakonan Ng Meng Hui (ikan dalam aquarium). Kedua-dua watak ini menyembah bumi dalam situasi yang cukup mengerikan.

Cuma, menariknya filem ini adalah kemunculan pengarah filem terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad yang memakan pisang (adalah simbol seks) dalam cerita ini. Ia satu tribute khas dari Ho Yuhang buat Kak Min, di mana kasih sayang antara sesama manusia adalah rencah utama yang menjadi kekuatan filem ke-3 arahan Ho Yuhang ini. Jangan salah anggap pada imej Kak Min membuka pisang lalu disuapkan ke mulutnya, si watak suami menjeling manja. Ini adalah paparan kepada hubungan cinta yang masih mekar tanpa gangguan persekitaran yang menyesakkan seperti cinta Tuck Chai dan Ying yang merosakkan masa depan mereka.

Visual-visual kehijauan alam bergerak seiring dengan permasalahan yang cuba diurai dalam At the End of Daybreak ini. Ho Yuhang memberikan sentuhan yang membuatkan kita mengingati seperti menonton filem-filem arahan kak min yang tiada pengantinya hingga kini. Kisah cinta di selaputi dengan permasalahan sosial merupakan penggerak utama dan nadi kepada karya yang cukup bermakna dan ia lari dari pendekatan filem-filem komersial atau box office. Maka tidak hairanlah, filem ini memenangi anugerah tertinggi di 4th Asian Film Awards 2010 dan Locarno Film Festival, menerusi 3 anugerah yang dimenanginya, antaranya:
1. Best Newcomer - Ng Meng Hui watak Ying. 2. Best Supporting Actress - Wai Ying Hung watak ibu. 3. Best Asian Film Awards.

At the End of Daybreak sebuah kisah yang menyentuh perasaan dan ia karya terbaik Ho Yuhang yang wajib ditonton minggu ini, kerana dimaklumkan bahawa tayangan akhir filem ini di semua GSC International Screen - GSC Mid Valley, GSC Pavillion KL dan GSC 1 Utama KL - adalah berakhir malam ini 7 April 2010. Jangan ketinggalan okay!!

p/s: ia berbeza dari filem Ho Yuhang sebelum ini. Inilah filem Malaysia bukan filem cina!! kata sesetengah penjual tiket panggung.. 'ini filem cina'.. ayo!!

Muzik latar filem ini adalah sentuhan magis dari komposer Pete Teo. Lagu-lagunya cukup menyentuh kalbu ( walaupun saya tak memahami bahasanya tapi saya menkagumi melodinya)

nak tengok trailer?

**don't miss it**
sexy film in the year 2010 by Ho Yuhang.

Catat Ulasan

0 Ulasan