'Estet dan Hantu Kak Limah'... garapan serentak Mamat Khalid!!!


Jika sesebuah filem arahan pengarah yang sama ditayangkan serentak pada masa yang agak sama, apakah penonton tempatan kita akan berpusu-pusu ke panggung?. Apakah mereka akan memilih jalur cerita yang menarik berdasarkan tajuk dan pemilihan pelakonnya?. Itulah persoalan yang bermain di minda saya apabila dimaklumkan bahawa dua buah filem arahan Mamat Khalid, 'Estet' dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', akan ditayangkan serentak pada September atau November 2010. Menurut sumber yang boleh dipercayai, filem Estet yang telah diluluskan tayangannya oleh LPF bakal menemui penonton tempatan September ini, jika tidak November 2010 lah, tarikh tayangannya. Itu terpulang pada kekosongan jadual menurut skim Wajib Tayang FINAS.

Seandainya Estet dan Hantu Kak Limah ditayangkan bersama-sama filem 2 Alam yang dijadualkan pecah panggung September 2010 ini, apakah penonton kite akan memberi sokongan kepada dua buah filem ini memandangkan Estet mempunyai plot yang agak kuat berbanding 2 Alam. 2 Alam terbitan produser sensasi, Dr. Rozmey tidak terkecuali juga memberi saingan kepada filem Mamat Khalid, apabila di war-warkan Estet bakal memenangi Filem Terbaik 2010. Walaupun ketiga-tiga naskhah ini belum ditayangkan kepada khalayak, namun populariti 2 Alam mengatasi Estet dan Hantu Kak Limah yang tidak mempunyai promosi yang hebat.

Walau sehebat manapun promosi yang dijalankan oleh pihak produksi, jika sesebuah filem hancur naratifnya, ia juga tidak berguna ; kerana filem yang baik akan mempengaruhi minda penonton untuk sama-sama menyaksikan serta berkongsi rasa sekaligus menjadi filem Box Office 2010 yang diakui kehebatannya bukan hanya bersandarkan populariti dan kontroversi.

p/s: Mamat Khalid kini mengarahkan filem terbaru arahannya , 'Apokalips', yang menjalani penggambaran di Pekeliling, Kuala Lumpur.

* Azwan cicak Annuar yang jadi tukang perabih makanan.. hehehe*

amy says : nak gi lokasi Akopalis Ahad ini.. tq

Catat Ulasan

0 Ulasan