'Zaiton: Ceritaku.. mungkin digagalkan?'



Apabila dimaklumkan salah seorang teman di Les Copaque Production mengenai filem yang mengetengahkan kisah kehidupan seorang bintang lagenda, Zaiton Sameon di layar lebar dengan judul Zaiton: Ceritaku, ramai beranggapan bahawa karya yang bakal menampilkan Mislina Mustaffa itu mungkin akan menyentuh perasaan penonton jika berjaya direalisasikan. Tetapi, tidak kerana filem ini mungkin tidak akan ditayangkan kepada umum kerana atas sebab-sebab tertentu. Ketika ditemui rakan media semasa Majlis Raya Upin dan Ipin di Shah Alam, produser filem tersebut, Burhanuddin Md Radzi menjelaskan bahawa Zaiton: Ceritaku sebenarnya sudah siap penggambaran dan beliau tidak berpuas hati dengan kualiti produk arahan Fauziah Nawi itu. Tambahnya lagi, amat memalukan jika filem itu ditayangkan dan ia akan ditunda buat sementara waktu bagi mencari dana baru.

Namun begitu, bagi saya seandainya Zaiton: Ceritaku diarahkan oleh pengarah yang betul-betul memahami selok belok dunia penerbitan dan pengarahan filem, pastinya ia tidak akan mengecewakan produser ini bahkan ia akan berjaya direalisasikan akhirnya.

p/s: Saya berharap agar En Burhanuddin dapat mencari pengarah yang betul-betul tahu selok belok dunia pengarahan filem bagi mewujudkan dramatik dan plot penceritaan yang baik. Saya syorkan beberapa nama yang dirasakan bagus - Osman Ali, Erma Fatima, Khabir Bhatia dan Rashid Sibir-, kerana mereka mampu menyentuh perasaan penonton sehingga mengalirkan air mata...

- Saya tidak percaya mutu lakonan Mislina itu teruk kerana ia pelakon yang terbaik dan boleh menjiwai watak, mungkin tiada pemahaman antara pengarah dan pelakonnya kot. Apapun saya percaya jika ia di hasilkan oleh pengarah filem yang bagus, sesebuah filem akan menjadi menarik dan dapat pecah panggung!! Tak gitu!!.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya sgt lah setuju.. hapap2 masih belum trlambat n dapatlah ditayangkan..