Awie teraju utama 'Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal'

LAT (kiri) bersama Awie selepas sidang media ‘Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal’ di Istana Budaya, semalam.

Penyanyi rock terkenal yang juga merupakan bintang filem Hantu Kak Limah, Awie dipilih sebagai watak utama bagi karektor Lat dalam 'Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal'. Teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya mulai 16 Mac hingga 3 April 2011 itu merupakan sebuah teater muzikal yang mengupas tentang kehidupan Lat sebagai seorang kartunis yang di segani. Bakal membariskan beberapa pelakon lain sekadar sebagai pembantu kepada perjalanan isi cerita, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal antara persembahan pembukaan 2011 bagi produksi Tall Order Productions milik pelakon dan penerbit Hans Isaac.


Ketika ditemui media semasa perlancaran teater tersebut di Istana Budaya baru-baru ini, penerbit eksekutif Tall Order, Hans Isaac menjelaskan bahawa pemilihan Awie sebagai Lat adalah amat bersesuaian kerana rupa paras Awie adalah sama seperti Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid. Menariknya, teater yang diarahkan oleh Harith Iskandar itu merupakan sebuah rakaman menarik yang penuh warna warni bagi menggambarkan kehidupan Lat sebagai ikon kartunis negara. Teater yang dinaungi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu akan membariskan beberapa nama selain Awie, antaranya Atilia, Douglas Lim, Sandra Sondhi, dan Jalil Hamid.


Mamat Khalid rujukan utama

Awie yang ditemui juga semasa perlancaran tersebut menjelaskan bahawa 'beliau menjadikan Mamat Khalid sebagai rujukan utama dalam pementasan teater tersebut memandangkan Mamat Khalid adalah adik kepada kartunis terkenal itu, Lat. Menerusinya, pelbagai info menarik boleh dicungkil Awie bagi memantapkan karektor Lat yang dipikulnya, lantas menjadikan 'Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal' antara muzikal yang penuh warna-warni untuk tahun 2011.

Tiket berharga RM 30 hingga RM 230 boleh ditempah melalui laman web Ticket2u.biz atau hubungi 03-414786000.

Harap maklum.

Catat Ulasan

0 Ulasan