Bogel Menuju Tuhan & Pada Sebuah Ketentuan.. akan datang 18 Jun 2011

Pada 18 Jun 2011, Rumah Anak Teater dengan penuh eklusif akan mengadakan Pelancaran 2 Buah Buku penuh sensasi ' Bogel Menuju Tuhan' hasil karya Pelakon Kacak, Zahiril Adzim dan 'Pada Sebuah Ketentuan', hasil karya Ayam Fared ; penggiat teater bebas.

Memilih lokasi Annexe Gallery, Central Market, Kuala Lumpur, bermula pukul 12.00 hingga 1.00 tengahari, majlis yang dianjurkan sempena Art For Grabs + Alternative Bookfest 2011 kelolaan Mr Pang Khee Teik itu mengalu-alukan kedatangan semua peminat seni tanah air.

Menariknya, majlis perlancaran ini akan di hadiri Shera Ayob ( Pengacara Wanita Hari Ini) dan Penyanyi Ana Raffali bagi memeriahkan acara Jika anda berminat untuk menyertai Majlis perlancaran tersebut, sila ke Facebook

'Bogel Menuju Tuhan & Pada Sebuah Ketentuan'


hiburan   Bogel Menuju Tuhan

p/s: Jom sama-sama kita serbu okay!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan