"Hanya' sentuhan maut Shuhaimi Lua..



Walaupun filem arahan James Lee, 'Tolong!!! Awek Aku Pontianak!', belum menjengah pawagam tempatan, produksi Tayangan Unggul baru-baru ini melancarkan sebuah video klip bertajuk 'Hanya'. Memilih Red Box Garden, Kuala Lumpur sebagai lokasi perlancaran video klip, 'Hanya' nyanyian Aril AF yang mendapat sentuhan Shuhaimi Lua sebagai pengarah video klip, nyata membuka peluang ekslusif buat Shuhaimi untuk bertapak dalam dunia perfileman tempatan.

Ketika dihubungi, Shuhaimi Lua yang juga pengarah filem pendek kontroversi, Chukang menjelaskan bahawa beliau berasa amat bangga kerana dapat mengarahkan video klip 'Hanya - Aril AF' yang menjadi lagu tema filem 'Tolong!!! Awek Aku Pontianak' yang bakal memasuki pawagam tempatan mulai 7 Julai 2011. Terkini, Shuhaimi terlibat dalam produksi filem Saw Theong Hin sebagai pengarah kreatif untuk Di Belakang Tabir', dan 'Chukang' khabarnya akan dijadikan filem cereka untuk pawagam tempatan. Sama-sama kita nantikan kemunculannya yang bakal menggegar sinema tempatan.

Antara gambar menarik MTV Hanya 'Launching Day' di Red Box Garden, KL

Video Klip HANYA



Trailer filem

poster filem arahan James Lee

Catat Ulasan

1 Ulasan