Dana Khas 'Program Dokumentari Kenegaraan' kini dibuka!

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berbesar hati mengundang anak Malaysia yang kreatif untuk menghasilkan dokumentari kenegaraan yang berkualiti dan memaparkan budaya, kesenian dan warisan masyarakat Malaysia di persada antarabangsa.

Siapa Yang Layak?!

  • Peluang terbuka kepada penerbit (syarikat) dan individu di seluruh Malaysia yang mempunyai pelbagai cerita yang menakjubkan tentang Malaysia.
  • Setiap Syarikat hanya layak untuk menghantar dua (2) kertas cadangan sahaja.

Objektif

  • Membuka peluang penghasilan dokumentari berkaitan sejarah Malaysia dari perspektif masyarakat tempatan.
  • Meningkatkan kualiti dokumentari Malaysia dengan menerapkan nilai komersial dan idea kreatif.
  • Membuka pasaran antarabangsa untuk syarikat tempatan berkembang maju dari peluang yang terbuka luas.
  • Merungkai khazanah dan sejarah negara yang kurang ditonjolkan.
  • Menjadikan dokumentari sebagai medium yang berperanan mendidik, menghibur dan bermaklumat

Jumlah Peruntukkan RM 5 JUTA


APA YANG KAMI INGINKAN?

  • Cerita yang menarik & membuat orang berfikir - sesuai pasaran tempatan & antarabangsa
  • Mengenetengahkan karektor dalam situasi drama, konflik yg ada penyelesaian / perleraian
  • Paparan dramatik yang membezakan dokumentari dengan video pendidikan
  • Mempunyai fakta kajian, realiti dan logik dan sahih

KATEGORI
  • Peristiwa Sejarah
  • Tokoh Negara
  • Kajian Sejarah

APA YANG KAMI TIDAK INGINKAN?

  • Topik yang umum
  • Rancangan pendidikan dan kanak-kanak
  • Rancangan Majalah seperti gaya hidup
  • Pendekatan subjek secara video eksperimen

BAHASA

  • Dua Versi : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

FORMAT

  • Digital Betacam / HD
  • Setiap satu berdurasi antara 24 minit atau 45 minit

KOS PEMBIAYAAN

RM 60,000 hingga RM 200,000 setiap tajuk


SETIAP PROPOSAL / KERTAS CADANGAN MESTILAH DALAM 2 SALINAN KEPADA:

Bahagian Produksi
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka
Lot 1162, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03 - 41041379 / 03-41041308
Faks : 03-41082106

emel : production@finas.gov.my


Sila pastikan keperluan dibawah disertakan di dalam kertas cadangan mengikut format berikut:
Pendahuluan, Sinopsis, Treatment, Bajet, Jangkaan Jadual Produksi dan Lampiran Gambar atau Video Jika Anda..


Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Catat Ulasan

0 Ulasan