Iklan Raya FINAS 2010..



Assalamualaikum

Nampak gayanya tahun ni, tiada iklan raya baru dari kami warga produksi. Kedua-dua iklan ini arahan teman baikku, Dell yang telah mencetuskan kontroversi perkauman apabila ditayangkan di kaca tv pada 2010, sehingga kompleks FINAS diserbu beberapa golongan dari sebuah parti politik kaum India.

Namun untuk 2011, kami tidak lagi ditawarkan untuk menghasilkan iklan baru bukan sebab kekurangan bajet atu keinginan nafsu, tetapi mungkin kami tidak mempunyai kepakaran untuk memujuk atau berpolitik.

Apapun, aku teringin sangat nak beralih arah untuk menghasilkan iklan bertemakan keagamaan untuk stesen TV Al Hijrah. Mungkin satu hari nanti Allah S.W.T akan makbulkan. Amin

Oh ya.. aku sajikan pada anda semua pembaca blog ini.. Iklan dari kami tahun lepas 2010.. so.. kalau korang bukak tv ada iklan raya bertemakan kemerdekaan ( logo FINAS) - itu bukan iklan kami okay! sebab iklan kami selalunya ada penceritaan macam iklan Yasmin Ahmad. - walaupun kekadang kami berangan mahu jadi sepertinya..

Wallahuallam


Catat Ulasan

0 Ulasan