Gossip Panas: Azwan Annuar Teraju Utama 'Anak Ikan'?


Dari meja gossip dalam twitter, kami di maklumkan bahawa Bintang Tercomel Abad Ini, Azwan Annuar di katakan bakal muncul dalam filem kontroversi ' Anak Ikan'. Penulis naskhah tersebut, Ajami Hashim dalam twitternya ada menyebut , dua nama yang dimahukan menjadi cameo dalam filem tersebut ialah Azwan Annuar dan seorang lagi menjadi rahsia ketika ini.

'Anak Ikan' terbitan Pengedaran J.A.S Sdn Bhd akan divisualkan oleh pengarah yang pernah berkhidmat dengan Raja Azmi sebelum ini. Siapakah pengarah filem yang diberi peluang mengarahkan naskhah terbitan penerbit popular itu?. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya sedikit demi sedikit.

p/s: Selain 'Anak Ikan', ada lagi genre filem yang bakal diterbitkan Raja Azmi untuk tayangan 2012.. hehhee

Catat Ulasan

1 Ulasan

jinah berkata…
menurut akhbar, pengarahnya adalah menantu raja azmi. sowee tak ingat nama dia.