Menangi RM 40,000 dengan 'Berjaya Youth Short Film Competition 2011'

Ingin memenangi RM 40,000.00 dengan hanya memuat turun video pendek berdurasi 5 minit? Bagi anda yang berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 25 tahun, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kami mencari karyawan muda untuk diketengahkan..
.............................................................................................................................................................................

Sumber: Utusan Malaysia

SEDAR akan tanggungjawab yang perlu digalas untuk menarik golongan belia menjauhi gejala negatif, Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya) menganjurkan Pertandingan Filem Pendek Belia Berjaya.

Pertandingan yang terbuka kepada remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu adalah langkah yang diambil oleh Berjaya dalam usaha mendekati golongan belia.

Tiga penerbit filem dipilih untuk menjadi juri pertandingan yang bermula sejak 27 Julai dan berakhir pada 8 Ogos, iaitu Afdlin Shauki, Ah Niu dan Gayatri Pillai. Mereka akan memilih 10 filem pendek terbaik sebelum dibuka kepada undian orang ramai.

Menurut Afdlin Shauki, usaha Berjaya ini adalah cara terbaik untuk mendekati remaja, kerana hari ini mereka lebih tertarik dengan dunia filem.

"Ini adalah peluang untuk mereka mencuba nasib bagi memulakan karier dalam industri filem tanah air," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Afdlin juga menegaskan penilaian yang dilakukan tidak dipengaruhi oleh jenis peralatan yang digunakan dalam menghasilkan filem pendek yang ingin dihantar.

"Mereka boleh menggunakan apa sahaja jenis perakam video termasuklah kamera dan telefon bimbit kerana itu tidak diambil kira.

"Apa yang penting kita mahukan video yang dihantar mempunyai jalan cerita yang baik dan mesej sampai kepada penonton," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Berjaya, Judy Tan berkata, tujuan pertandingan itu adalah untuk menarik golongan remaja melakukan sesuatu yang positif.

Katanya, melalui pertandingan itu juga golongan belia boleh berkongsi apa yang berada difikiran mereka bersama dengan masyarakat melalui visual.

"Kita sedar, golongan remaja hari ini lebih tertarik dengan visual sebab itu kami rasa cara ini adalah yang terbaik untuk mendekati mereka.

"Kita mahu hari-hari mereka dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah agar usia muda mereka tidak dibazirkan begitu sahaja," katanya.

Menyentuh mengenai pertandingan itu, Judy berkata, setiap jalan cerita yang ingin ditonjolkan mestilah mendukung salah satu daripada tiga tema yang telah ditetapkan.

"Kita tidak kisah genre apa yang ingin ditonjolkan asalkan cerita mereka itu berlandaskan salah satu daripada tema kami iaitu Inspirasi, Perubahan dan Cintai Bumi.

"Bagaimanapun panjang filem berkenaan mestilah tidak lebih daripada lima minit dan dimuat naik ke laman sesawang www.berjayayouth.com.

"Setiap filem yang dihantar akan dinilai oleh panel juri dan mereka akan memilih 10 yang terbaik dan pemenang akan pilih menerusi sistem undian.

"Sepuluh filem terbaik itu kemudian akan dimuat naik semula ke laman sesawang berkenaan dan dibuka untuk diundi," jelasnya.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh Berjaya itu menawarkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM40,000 dan sebuah kamera Canon 5D MKII bernilai RM8,099.

Click More



Catat Ulasan

2 Ulasan

wakil berkata…
tarikh tutup penyertaan ialah 29 september 2011. good luck ya amy ikram!
Amy Ikram berkata…
saya berusia 27 tahun. hehehe. tak dpt la nk joint.. tap pada rakan2 tu joint la.. nanti dpt hadiah utama.. buat majlis k.. hehehe