'Anak Ikan' Ajami Hashim.. Raja Azmi belum temui teraju utamanya!


'Anak Ikan' naskhah tulisan blogger popular, Ajami Hashim khabarnya sudah sampai ke tangan penerbit kontroversi, Raja Azmi. Filem yang bakal mencatatkan fenomena tersendiri selepas ...Dalam Botol itu, akan memulakan penggambarannya hujung tahun ini. Di kesempatan itu, kami cuba merisik siapakah teraju utama yang bakal membintangi naskhah kontroversi itu. Antara gossip yang kami dengar ialah bintang filem terkenal, Shaheizy Sam antara nama yang dicanang kepada Raja Azmi. Walaupun dikatakan benar atau tidak, kami mengharapkan Raja Azmi dapat memilih pelakon muda yang berbakat (walaupun pelakon baru yang disunting melalui uji bakat) agar filem itu nampak segar dan tidak bergantung kepada populariti seseorang pelakon. Jika tidak, penonton hanya mahu menonton pelakonnya bukannya datang untuk menilai naskhah tulisan Ajami Hashim itu.

'Anak Ikan' yang memaparkan konflik kehidupan antara hidup dan mati, boleh diandaikan sebuah naskhah menarik, ia bukan kisah gay biasa tetapi huraiannya lebih kepada tragedi dan konflik persekitaran yang bakal mencetuskan pelbagai polimek yang tersendiri di dalam industri filem tempatan. Namun, apakah ada bintang muda yang berani menyahut cabaran melakonkan aksi mengghairahkan dalam filem 'Anak Ikan' itu nanti?. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya okay!.

p/s: Jika ada sesi ujibakat, kami akan memaklumkan kepada semua pembaca blog ini okay!.. Oh ya.. naskhah 'comolot the movie' kesinambungan dari 'comolot' lakonan remy ishak juga akan ke lokasi tahun depan. Insya allah. Aku kini dalam mencari kekuatan plotnya...

Catat Ulasan

1 Ulasan

DanieL AdiE berkata…
All the very best to u guys,,,