'Kitab Cinta' diulang siar di TV Al Hijrah

"Kitab Cinta' yang dibarisi pelakon Indonesia, Hardy Hartono dan Nur Fazura ini mula diulang siar di TV Al Hijrah. Drama arahan sutradara profilik, Erma Fatima itu ditayang setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 10.35 malam hingga 11.30 malam. Kepada anda peminat siri Kitab Cinta ini, jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti kesudahan sebuah kisah yang amat menyentuh perasaan.

Semoga terhibur.


Sinopsis

Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar disitu apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika University. Satu hari Mustika telah di pilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesis semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada disana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.

Catat Ulasan

0 Ulasan