Raya HD.. Saluran Khas Aidilfitri 2011


Salam Raya..

Mulai malam ini, bermula 12.00 malam, Astro dengan bangganya membawakan dua saluran raya terhebat iaitu Raya Fiesta ( saluran 100) dan Raya HD ( saluran 188 Astro Beyond HD). Kedua-dua saluran itu dipancarkan secara percuma kepada pelanggan Astro, cuma Raya HD hanya khusus buat pelanggan Astro Beyond HD sahaja. Menariknya, Raya Fiesta akan menghidangkan kepada anda program-program menarik iaitu :-

Raya Fiesta ( 100)

  • Pelbagai filem Cina menarik seperti Little Big Soldier, Stool Pigeon, Detective Dee & 14 Blades serta konsert-konsert hebat oleh penyanyi-penyanyi popular seperti Leslie Cheung, The Big 4 World Tour, Nicholas Teo dan Konsert Istimewa Teresa Teng;
  • Pelbagai filem Melayu menarik seperti Estet, Sembilu 2005 serta konsert-konsert menghiburkan seperti M.Nasir, Aizat Live in Damansara, Konsert Simplysiti, Konsert Double Trouble, Konsert Sore dan Konsert 4 Bintang;
  • Konsert-konsert hebat yang menampilkan artis Indonesia seperti Wali Band dan Ungu;
  • K-Pop Countdown yang menampilkan artis-artis K-pop terhangat dan menjadi kegilaan ramai masa kini
  • Pelbagai filem Tamil dan Hindi serta konsert-konsert hebat termasuklah Toonpur Ka Super Hero,Arundhati, Guzaarishserta banyak lagi.

Manakala saluran Raya HD ( 188 Beyond HD) akan membawakan anda filem-filem, drama dan muzikal terbaik dalam format Definisi Tinggi (HD). Antara program yang disiarkan dalam format HD di 188 Raya HD, antaranya Love ; Nora, Dan Sebenarnya, Sanggul Beracun, 7 Lagu, Bersalji Di Kuala Lumpur, dan Panggilan Arwah. Selain itu, beberapa filem melayu terbaik dalam HD juga akan disiarkan termasuk filem Aku Masih Dara dan Damping Malam. Namun begitu, tidak ketinggalan juga konsert dan muzikal terbaik akan menemui anda (HD), antaranya - Konsert Tribute P.Ramlee: Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Konsert Wow Putrajaya 2011 dan Konsert 3 Diva 2011 melibatkan Datuk Siti Nurhaliza.

Bagi anda, amy ikram mengucapkan Salam Raya Aidilfitri 2011, Maaf Zahir Dan Batin.

Catat Ulasan

0 Ulasan