My Rapid Pass.. rekaan ekslusif Adrian Sinclair



'My Rapid Pass', rekaan ekslusif Khairul Ikhmal atau nama popularnya Adrian Sinclair untuk Syarikat Prasarana Negara Berhad (RapidKL) kini menjadi antara kad perjalanan terbaik yang mula dijual di stesen LRT sekitar Kuala Lumpur. Boleh dimiliki dengan harga RM20.00, 'My Rapid Pass', merupakan kad serbaguna yang memudahkan pengguna transit aliran ringan milik Rapid untuk bergerak ke lokasi sekitar Kuala Lumpur dengan mudah dan cepat.


'My Rapid Pass', yang berlogo 'Touch N Go' - kegunaan untuk LRT, Monorail dan perkhidmatan bas Rapid antara kad mesra pengguna yang cukup baik. Rapid KL antara syarikat pengangkutan popular di Malaysia, kini dalam rangka pelan untuk menambahbaiki sistem transit mereka.

Ketika dihubungi, Adrian Sinclair yang merupakan Creative Media, Web Developer di PWS Studio, berasa amat bersyukur dengan pemilihan kad rekaannya untuk Rapid KL sepenuhnya. Diharapkan kejayaannya ini menjadi contoh terbaik buat generasi muda di Malaysia, bagi membina rangka kerja bermutu, kreatif dan inovatif.

Tahniah dari kami buat beliau.

*sebarang pertanyaan mengenai Rapid Pass dan kegunaannya.. sila klik di sini. *

Catat Ulasan

0 Ulasan