'Parit Jawa'.. akan datang Disember 2011


Mulai Disember 2011, Astro melalui Pakej Tayangan Hebat menerusi Astro Box Office Movies (saluran 952 & 953) akan menayangkan 'Parit Jawa', sebuah karya arahan Tunku Mona Riza. Membarisi beberapa nama hebat dalam dunia lakonan filem dan drama tempatan, Eman Manan, Zahiril Adzim, Ruminah Sidek, Ghazali Abu Noh, Namron, Jalil Hamid dan ramai lagi merupakan sebuah kisah yang mengangkat tema kekeluargaan dan kemanusiaan. Perebutan harta pusaka sehingga menuntut satu pengorbanan yang agak mencabar antara intipati menarik yang dikupas dalam 'Parit Jawa'. Pelbagai konflik yang menuntut erti kehidupan berlandaskan maruah dan sifat ego manusia itu sendiri akan terjawab dalam sebuah naskhah terbitan Harris Zeka akan meruntun jiwa dan perasaan anda mulai 1 Disember 2011. Bagi anda penggemar naskhah sebegini, nantikan 'Parit Jawa' akan datang..

trailer Parit Jawa

Antara menarik dalam Parit Jawa


Akan Datang
Sepanjang Disember 2011
TAYANGAN PERDANA 1 DISEMBER 2011

Catat Ulasan

0 Ulasan