'Sangat Nakal dan Comel' - KOUGAR & TABU by SHAZ JOHAR

Assalamualaikum..

Terus terang aku cakap.. kedua-dua novel ini -KOUGAR & TABU yang ditulis oleh Shaz Johar sangat nakal dan seksi dari kebiasaan novel-novel yang pernah ada di pasaran sebelum ini. Kougar memilih warna merah dengan gambar wajah seorang wanita dengan anggur dibibirnya (benarkah ia anggur atau strawberry mahupun coklat)?. Arghh. biarkanlah.. Janji kulit novel ini menarik, erotik dan ada unsur seksual, sehingga menjerat aku untuk memilikinya. Pertama kali aku membaca novel keluaran FIXI ( ada banyak lagi tajuk dibawah koleksi FIXI) - yang aku ketahui dari mulut-mulut rakan blogger dan penggiat industri filem, mengatakan Fixi menerbitkan banyak novel yang agak catchy, sesuai dengan jiwa dan dekat dengan hati pembaca khususnya yang mempunyai jiwa agak 'gila-gila' dan tidak tertumpu kepada gaya bahasa terlalu formal.

Kougar mengupas sisi hidup Kisha, seorang wanita moden agak berusia (bukan warga tua), bekerjaya, masih single dan mempunyai kehidupan sosialnya tersendiri. Ibu Kisha mahu menjodohkan Kisha dengan seorang duda bergelar Imam yang dikatakan seorang yang penyayang, baik dan alim, tetapi dalam diam menyimpan satu misteri yang cukup menyakitkan. Kisha seorang wanita cekal yang tidak mahu tunduk dengan kehendak ibu dan keluarganya dalam soal jodoh dan ikatan perkahwinan, memilih untuk terus hidup diawangan bersama cita-cita, impian dan keinginan. Tetapi, sebelum akur dengan keputusan ibunya, Kisha menaruh hati terhadap Azril, seorang lelaki muda (anak ikan) berusia dalam lingkungan 25 tahun.

Anak ikan yang bernama Azril lah menjadi peneman jiwa dan lara Kisha sebelum mereka terpisah, dan bertemu semula setelah hati Kisha dicuri serta disakiti seorang lelaki keparat bergelar seorang ustaz. Pelbagai insiden, konflik, skandal dan hubungan seks terus menghantui KOUGAR , antara cerita dan sentuhan berani Shaz Johar dalam dunia penulisan novel.

Pada anda peminat novel dan mahukan satu sentuhan yang agak berani dan lari tipikal novel-novel yang ada dipasaran, apakata dapatkan KOUGAR disemua gedung buku di seluruh negara - MPH , KINOKUNIYA dan sebagainya.

Anda pasti akan tersenyum apabila sudah membacanya.

Selain KOUGAR, TABU juga dilihat antara novel kedua sentuhan Shaz Johar yang menarik, berani dan catchy sepertimana novel KOUGAR sebelum ini. TABU memilih warna Hijau, Coklat dan Merah dengan gambar tangan memegang sebiji buah apple. Apple dengan warna hijau disaluti merah menggambarkan Cinta seorang wanita bertubuh agak berisi (bukan gemuk) Bibi , bukan wanita biasa, bekerjaya yang hidup ceria disamping rakan dan teman, yang akhirnya menjerat dirinya ke kancah kehidupan penuh misteri. Misteri ketika dia cuba mengenal pasti identiti pemilik telefon bimbit (yang dijumpai Bibi di dalam Tren LRT) , misteri cintanya dengan seorang pemuda dari Kenya, Afrika serta misteri kematian rakan baiknya, Kim yang dibunuh kejam.

Pelbagai misteri, konflik dan tanda tanya terkandung dalam TABU sebuah kupasan tentang realiti hidup wanita moden di bandar metropolitan, Kuala Lumpur. Menariknya, novel garapan Shaz Johar banyak bermain dengan karektor anak ikan, yang sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan kebanyakkan warga kota tidak kira lelaki mahupun perempuan, yang bercitarasa tinggi terhadap seseorang yang jauh lebih muda dari dirinya.

TABU sebuah cerita tentang hidup, impian dan keinginan manusia untuk memiliki sesuatu yang diimpikan. Apakah Bibi mahukan lelaki yang ditemui dalam LRT itu sebagai lelaki impiannya?. Adakah dia berjaya disatukan?. Apakah mereka akan bertemu?. Kenapa Bibi merasakan dunia ini tidak adil baginya?. Semua persoalan itu akan terjawab jika ada meringankan tangan anda untuk mengeluarkan wang ringgit RM 20.00 untuk memiliki TABU di gedung MPH, KINOKUNIYA dan kedai buku yang lain - supaya cerita dan kisah BIBI dapat kita kongsikan bersama selagi hayat dikandung badan.

TABU sebuah naskhah menarik, begitu juga KOUGAR yang agak seksi penceritaanya, sentuhan gerimis Shaz Johar yang wajib anda miliki sebagai teman hidup selepas orang yang anda sayangi. Ia sebuah naskhah yang comel seperti pelakon Azwan Annuar dengan anak-anak ikannya. Begitu juga Azaril Ameer dengan Mami Fashanya.. hehhe

Nak tau sapa penulisnya. Klik aje Shaz Johar..

Novel FIXI boleh dilayari klik sini.

Catat Ulasan

1 Ulasan