APA SUDAH JADI DENGAN 'ADIK MANJA RETURN'?

oleh: Admin

Selepas AZURA ; diadaptasikan kembali ke layar perak dengan judul yang sama, tetapi gagal diterima baik penonton tempatan ; barangkali tidak sehebat naskhah yang lama. Namun, industri hiburan dan filem tempatan, masih menantikan sebuah filem yang dahulunya menjadi fenomena sehingga ditabalkan sebagai filem komedi terbaik, skrip terbaik dan pelakon pembantu wanita terbaik, Adik Manja berjaya meletakkan Othman Hafsham antara pengarah filem yang cukup digemari suatu ketika dahulu.

Kini, dunia sudah berubah.. Adik Manja kembali lagi tetapi bayangnya masih kabur dan tidak nampak hasilnya. 'Adik Manja Return' yang khabarnya akan ditayangkan tidak lama lagi, adalah filem sentuhan pelakon Dharma Harun, yang merupakan pelakon asal filem Adik Manja. Tetapi, para pelakon yang membintanginya sudah berubah mengikut arus peredaran masa. Peminat filem pasti merindui pelakon versatile Noor Kumalasari dalam Adik Manja versi 1979, tetapi untuk Adik Manja Return, khabarnya ia digalas pelakon lain yang sedang meningkat naik. Siapa pelakon tersebut?. Apakah ia mampu menjadi sehebat Noor Kumalasari?. Sama-sama kita tunggu hasilnya la ye..

Adik Manja (1979) berjaya meletakkan nama Adibah Amin antara pelakon pembantu wanita terbaik menerusi watak Cikgu Adibah. Keberkesanan watak Adibah Amin seolah-olah diuji apabila menonton filem Cinta Kura-Kura arahan Nizam Zakaria. Dalam filem tersebut, pelakon Norhayati Taib yang memegang watak Ibu kepada Adam (lakonan Aeril Zafrel), mengingatkan saya kepada pelakon Adibah Amin dalam filem Adik Manja. Apakah status pelakon Adibah Amin ketika ini?. Wallahuallam.

Adik Manja Return ditangan Dharma Harun merupakan kesinambungan kisah Adik Manja hasil karya Othman Hafsham. Namun khabarnya filem Adik Manja Return masih diperingkat post-produksi dan sampai sekarang ia sepi begitu saja. Apakah Adik Manja Return hanya 'manja-manja' sahaja dibibir peminat?. Diharapkan populariti dan kehebatan Adik Manja Return setanding versi asalnya yang dibikin pada tahun 1979. Jika tidak ia akan menjadi seperti filem AZURA yang hanya menjual nama AZURA bukan isi ceritanya..

Tepuk dada .. tanya selera..

ADIK MANJA RETURN
belum pasti tayangannya

Catat Ulasan

0 Ulasan