ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) KINI KEMBALI?.

Selepas lima tahun berehat tanpa sebarang berita, Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) bakal melabuhkan tirainya.  Mempertaruhkan 26 kategori termasuk Lagu Terbaik dan Album Terbaik, AIM23 akan menghimpunkan pelbagai jenis karya muzik semasa yang pernah diterbitkan bermula Januari 2021 hingga Jun 2022. Menurut Rosmin Hashim, Pengerusi Industri Rakaman Malaysia (RIM) menegaskan; Anugerah Industri Muzik (AIM) adalah relevan dan perlu dianjurkan bagi mengiktiraf pencapaian penggiat muzik di negara ini. 

Walaupun kita berdepan dengan teknologi digital yang sedikit sebanyak membantu perjalanan industri muzik, AIM dilihat sebagai platform terbaik bagi mengiktiraf karya dan penggiat berkualiti melalui panel penilai terhadap pencapaian golongan professional dalam bidang muzik termasuk penyanyi, pemuzik dan penulis lirik. Tambah Rosmin, ''kemenangan di AIM ini bukan berdasarkan populariti semata-mata, tetapi sebagai mengiktiraf kecemerlangan dalam kualiti produk muzik yang dihasilkan. Setiap pengkarya muzik wajar dihormati agar khazanah muzik yang dihasilkan mampu bertahan di sepanjang zaman". 

Dalam pada itu, bagi karya yang dihasilkan dari tahun 2017  hingga 2020, tidak akan terpilih memandangkan hanya karya bersifat semasa sahaja yang bermula dari era 2020 hingga kini akan tersenarai. Ini perlu memandangkan kita berada pada era terkini yang banyak karya muzik yang diterbitkan penggiat muda, namun penganjuran kali ke 23 ini adalah penuh bersejarah di mana ia bakal diadakan September 2022. 

Kategori dipertandingkan:

– Artis Baru Terbaik
– Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki)
– Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)
– Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan)
– Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
– Video Muzik Terbaik
– Runut Bunyi (ost) Terbaik Di Dalam Filem/Drama
– Lagu Rock Terbaik
– Lagu Pop Terbaik
– Lagu R&B/Hip Hop Terbaik
– Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
– Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
– Lagu Cina Tempatan Terbaik
– Lagu India Tempatan Terbaik
– Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
– Lagu Nasyid Terbaik
– Lagu Pop Etnik Terbaik
– Album Terbaik
– Lagu Terbaik
– Anugerah Sri Wirama
– Kulit Single/Album Terbaik
– Rakaman Album Terbaik
– Rakaman Lagu Terbaik
– Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
– Lagu Paling Tinggi Di Strim
– Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi


Catat Ulasan

0 Ulasan