MERAIKAN 12 FILEM TERBAIK JEPUN, FESTIVAL FILEM JEPUN KINI KEMBALI


Meraikan lebih 12 judul filem dari Jepun, Festival Filem Jepun bakal melabuhkan tirainya. Memilih lima bandar utama di Malaysia, iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah, Festival Filem Jepun akan menayangkan filem-filem terbaik dari Jepun di pawagam GSC terpilih bermula 8 September hingga 9 Oktober 2022. 

Acara tahunan edisi ke-18 ini menghidangkan lebih 12 judul yang merangkumi pelbagai genre iaitu drama, dokumentari, percintaan, belia dan animasi. Ia bertujuan untuk menyerlahkan pelbagai sisi budaya masyarakat Jepun melalui filem sambil memenuhi keinginan sinematik serta menawan minda dan hati para penonton dan peminat baharu filem. JFF 2022 dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan pada 1982.



Acara kemuncak festival ini adalah filem “Just Remembering” arahan MATSUI Daigo yang akan ditayangkan di Malaysia buat kali pertama yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri mengimbau kenangan manis mereka bersama. 


Peminat anime boleh menikmati dua buah judul iaitu “BLUE THERMAL” oleh TACHIBANA Masaki, sebuah kisah coming-of-age dan juga drama period “INU-OH” oleh YUASA Masaaki. Filem-filem yang bertemakan keluarga pula antaranya adalah filem “And So The Baton is Passed” arahan MAEDA Tetsu iaitu sebuah adaptasi novel yang telah memenangi Anugerah Penjual Buku Jepun yang ke-16, sebuah dokumentari indah lagi penuh kecintaan “I Go Gaga: Welcome Home Mom” oleh NOBUTOMO Naoko, dan filem “INTOLERANCE” arahan YOSHIDA Keisuke yang menggambarkan kerumitan tingkah laku dan psikologi mereka yang   terperangkap dalam situasi ekstrem. 



Di samping menikmati festival filem, pengunjung juga boleh mendapatkan ganjaran dengan mengumpul setem bagi menebus sagu hati ekslusif bahkan turut berpeluang memenangi baucar daripada Books Kinokuniya Malaysia. Sebagai tambahan, JFF pada tahun ini akan turut menyertakan pawagam GSC The Spring di Kuching dalam jelajahnya di seluruh negara. 


Bagi pembelian atas talian dan maklumat terkini, anda boleh melayari di sini.


Official JFF2022 Trailer


Catat Ulasan

0 Ulasan