PREKUEL FILEM MAT KILAU TANPA ADY PUTRA, BETO DAN SYAMSUL ?


Walaupun berjaya mengutip hampir RM 100 juta dalam masa 3 bulan, penerbit filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mat Dali yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara ketika ditemui media semasa Majlis Santai Studio Kembara Bersama Rakan Media di Bangi, begitu optimis mengatakan prekuel filem Mat Kilau akan dihasilkan tidak lama lagi. 

Filem kedua terbitan Studio Kembara itu merupakan prekuel kepada filem Mat Kilau yang telah mencetuskan fenomena di dalam industri filem dan hiburan tanah air. Menariknya, filem ini khabarnya akan diarahkan seorang pengarah lain manakala cerita yang diolah dalam filem ini tidak akan menampilkan Dato' Ady Putra dan Beto Kusyairy.  Menurut Abdul Rahman, pelakon lain yang terdapat di dalam filem Mat Kilau sebelum ini akan dipanggil membintangi filem prekuel ini manakala pelakon utama mungkin akan bertukar, tetapi apabila di tanya adakah ketiadaan Dato' Ady Putra itu disebabkan kontroversi yang berlaku, namun beliau menafikannya.

Majlis yang meraikan rakan media yang diadakan Studio Kembara di Bangi petang tadi juga memberikan imbuhan kepada pasukan kerja filem Mat Kilau dan agihan tersebut akan dilakukan secara berfasa. Bagi fasa pertama, saya akan membawa pelakon mengerjakan umrah manakala selebihnya akan dimaklumkan kelak, ujar Abdul Rahman menutup bicara. 

Ketika dimaklumkan namanya tidak tersenarai sebagai pengarah prekuel Mat Kilau, Syamsul Yusof, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ketika dihubungi berkata, "beliau tidak terkejut langsung dengan keputusan dari Studio Kembara itu malahan teruja dengan keputusan yang diumumkan penerbit filem Mat Kilau, memandangkan kini terdapat ramai pengarah berkaliber di dalam industri perfileman tanah air. Ini peluang baik yang harus diterima oleh pengarah tersebut dan mungkin cara pengarahannya berbeza dengan apa yang pernah saya hasilkan sebelum ini".

Menurut Syamsul lagi, jika Studio Kembara masih mengekalkan namanya sebagai pengarah filem prekuel tersebut, mungkin akan ada kekurangan lagi, tetapi lebih elok kerusi pengarah filem itu diberikan kepada pengarah lain yang boleh memberikan dimensi berbeza dalam karya yang disampaikan. Syamsul yang kini sibuk dengan projek terbaharunya, 'The Original Gangster', berharap penonton dan peminat filem tanah air dapat menerima perubahan yang akan berlaku dalam prekuel Mat Kilau kelak. 

Terdahulu, Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di beberapa pawagam Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, menjadikan antara karya tempatan yang paling tinggi kutipan dalam sejarah perfileman tempatan dengan kutipan melebihi RM97 juta. Filem arahan Syamsul Yusof itu merupakan antara filem 'termahal' yang kini boleh ditonton di saluran Netflix. 

Catat Ulasan

0 Ulasan