WTCKL SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM NOSTALGIA SENJA

Bagi meraikan hari pertama 'Nostalgia Senja', Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) telah menganjurkan Majlis Iftar Warga Kerja WTCKL bersama Rumah Anak Yatim & Asnaf Raudhatul Al-Faeez. Majlis yang berlangsung pada Isnin, 27 Mac lalu adalah bagi menyantuni golongan kurang bernasib baik. Seramai 35 orang anak-anak yatim dan asnaf berumur 7 hingga 21 tahun termasuk guru pengiring dijemput  dan diraikan dalam majlis tersebut. 

Bagi meraikan sekaligus memupuk semangat berkongsi dan memberi sepanjang Ramadan, WTCKL  turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf. Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh WTCKL yang diadakan untuk menyumbang dan mengeratkan hubungan WTCKL dengan masyarakat. Hadir bersama dalam majlis ini, Dato’ Seri Dr Haji Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Pihak Pengurusan, Ketua-ketua Jabatan WTCKL serta warga kerja WTCKL. 

Kakitangan WTCKL turut sama mengiringi dan menyantuni anak-anak ini dengan berbuka puasa bersama-sama mereka. Pelbagai variasi juadah istimewa 'Nostalgia Senja' telah disediakan oleh  RiverSide Cafe & Restaurant. 


Ketika berucap merasmikan majlis, Dato’ Seri Dr Hj Irmohizam
 berkata, “World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menyambut baik inisiatif penganjuran majlis ini kerana sebagai umat Islam, amatlah digalakkan untuk kita bersedekah dan seboleh-bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan yang mulia ini.” Tambahnya lagi, “WTCKL komited menyokong anak-anak kecil ini dan melakar pengalaman indah bagi mereka dan guru-guru mereka. WTCKL berharap dengan sokongan semua pihak dapat membantu mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan.” 

‘Nostalgia Senja’ merupakan sajian Bufet Ramadan dibawakan oleh Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang disediakan oleh RiverSide Cafe & Restaurant. Menampilkan lebih 300 hidangan segar yang disajikan setiap hari, orang ramai boleh menikmatinya sepanjang bulan Ramadan ini bermula 27 Mac sehingga 20 April 2023. Tempahan boleh dibuat dipautan https://riverside.wtckl.com/ . 

Menu yang ditawarkan merangkumi lima menu berkala, masing-masing dengan keistimewaan tersendiri seperti Bubur Lambuk, Nasi Dagang wangi, Kambing Panggang yang lazat, Kambing Masak Pasemah rempah Malaysia, dan Sup Berempah yang enak, dengan pilihan Kambing, Daging, Perut, Ayam, atau Ekor. Anda juga boleh mencuba hidangan istimewa Kampung kami iaitu Ikan Patin Tempoyak dan Siput Sedut Masak Lemak yang eksotik! Bagi anda yang sememangnya menggemari makanan secara buffet bersama keluarga ataupun individu, bolehlah berkunjung ke lokasi kami di Riverside Cafe & Restaurant yang terletak Aras 2, Ruang Legar WTCKL di mana kami juga turut menyediakan  Nasi Kandar Saddam kami yang terkenal, Nasi Ayam Istimewa Senja, Mee Goreng Mamak yang memenangi anugerah, atau pilihan menu eksklusif berasaskan sayuran. 


'Bukalah hati dalam apa jua keadaan dengan setulus rasa dan seikhlas jiwa. Salam penuh keberkatan di bulan yang mulia'. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian istimewa ‘Nostalgia Senja’ oleh Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Anda pasti menyukainya!.

teks oleh: Amy Ikram
Gambar : Gambar File FB Dr. Irmohizam Ibrahim & Koleksi foto WT

Catat Ulasan

0 Ulasan