ANUGERAH SENI BOH CAMERONIAN KINI KEMBALI DENGAN LEBIH BANYAK PEMBAHARUAN!.


Walaupun berdepan dengan pelbagai anugerah sedia ada yang menghiasi kalendar seni 2023, Anugerah Seni BOH 
Cameronian kini kembali. Dianjurkan buat kali yang ke-18, Anugerah Seni BOH Cameronian ini merupakan kemuncak persembahan kepada beberapa buah karya seni dari tahun 2020 hinggalah 2022. Sebanyak lebih 1010 produksi telah menyerahkan penyertaan dimana karya yang menyertai anugerah ini akan diadili oleh sekumpulan juri professional.

Terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu Muzik, Tarian, Teater dan Teater Muzikal, Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 menampilkan Dr. Andrew Filmer, Dominic Luk, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr Sayyid Shafiee, dan Tan E-Jan untuk juri muzik, Manakala Azura Abal Abas, Choong Wan Chin, Foo Chi Wei, Kenny  Shim, Rathimalar Govindarajoo, dan Mohd Yunus Imail untuk Tarian; Christopher Ling, Fazleena Hishamuddin, Dr Muralitharan Pillai, Dr Syahrul Musa dan Yves Yap untuk Teater dan Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan, Sandra Sodhy untuk Teater Muzikal. 

Selain mengiktiraf mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan tarian, anugerah ini juga memberi penghormatan kepada krew belakang tabir termasuk mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan, Muzik & Bunyi, Reka Bentuk Visual & Set dan Reka Bentuk Pencahayaan. 

Ketika ditemui media di Majlis Pengumuman Calon Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 di Performing Arts Centre, Petaling Jaya, (PJPAC) pada petang Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Boh Plantations, Jason Foo berkata, "Ia  merupakan sesuatu yang sungguh menggembirakan apabila Anugerah Seni BOH Cameronian kembali sebagai salah satu acara kemuncak dalam industri seni. Cukuplah untuk saya katakan bahawa, beberapa tahun kebelakangan ini adalah tempoh ujian bagi kita tetapi ia telah membentuk kecekalan kita sebagai sebuah industri. Gembira untuk melihat industri seni kembali muncul, bangkit untuk menakluki cabaran masa lalu dan saya bersepadu bergerak ke hadapan untuk membentuk masa depan yang menarik. Kita ingin menyemai benih permulaan baharu, semoga Anugerah Seni BOH Cameronian terus memotivasikan setiap artis yang membuat persembahan untuk mencapai bintang dan memecahkan sebarang syiling kaca yang mungkin menghalang anda. Tunjukkan keberanian anda dan capai kecemerlangan!. Seperti biasa, BOH amat berbesar hati untuk mengembara bersama anda dalam usaha kreatif dan kami tidak sabar-sabar untuk bertemu semula di majlis Anugerah". 

Jika diimbas pada tahun 2020, Anugerah Seni BOH Cameronian ke-17 telah diadakan secara dalam talian (maya) buat kali pertama, bagi meraikan pencapaian karya tahun 2019. Pada tahun yang sama, BOH Plantations telah membantu 15 syarikat produksi yang telah menjadi pemenang dengan sumbangan RM10,000 setiap satu. Syarikat produksi ini dikenal pasti berdasarkan sumbangan berterusan kepada industri dimana BOH begitu prihatin membantu mereka yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun tersebut.

Apabila tempoh pandemik berterusan hingga 2022, Geran BOH Cameronian bernilai RM 200,000 diberikan untuk produksi baharu melalui 20 syarikat seni persembahan bagi membantu membiayai kos pengeluaran produksi baharu sekaligus bertujuan untuk memulakan semula sektor seni dan diharapkan dapat menggalakkan syarikat produksi menghasilkan produk dan acara mereka.

Manakala menurut Low Ngai Yuen, Presiden Kakiseni berkata, "Beberapa tahun kebelakangan ini banyak menguji bukan sahaja penghibur di negara kita, tetapi di seluruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi, menjadikannya sebuah situasi yang amat sukar untuk pengamal seni hidup. Tetapi, mereka berjaya melakukannya dengan beralih kepada penstriman langsung dalam talian serta bidang kreatif lain. Apabila sektor ini dibuka semula pada tahun 2022, Geran BOH Cameronian diberikan untuk pengeluaran karya baharu. Dan kami tidak sabar untuk mengumumkan calon-calonnya", ujar beliau optimis menantikan debaran malam kemuncak Anugerah Seni BOH Cameronian yang dijangka akan berlangsung pada 14 Mei 2023 di lokasi yang sama". 


A New Day, Setia Pada Senimu antara tema yang dipilih bagi meraikan anugerah penuh berprestij ini. Ia mencerminkan semangat sebenar masyarakat seni persembahan untuk bangkit semula dari bawah dan kembali dengan semangat yang diperbaharui. Sama ada ia diterapkan kepada pengamal di barisan atas pentas atau kru belakang tabir dan mereka yang terlibat secara langsung, semangat ini mengingatkan kita semua mengapa kita masih melakukan apa yang masih kita terus lakukan.

Untuk memperingati cabaran yang terpaksa dilalui oleh industri dan bagaimana semua orang percaya bahawa hari yang lebih baik akan datang, reka bentuk kanister teh BOH yang sangat istimewa telah direka untuk memberikan khalayak "Ummph' dan melihat lebih banyak cahaya dalam apa yang mereka percayai. Tetap setia dengan panggilan seni mereka telah membolehkan masyarakat kembali meneruskan perjalanan. Kanister terhad  akan dihasilkan dan disediakan pada majlis anugerah.

Anugerah Seni BOH Cameronian disokong oleh BOH Plantations, dibantu oleh A Cut Above, Inglot Cosmetics, SUB International Beauty School dan SOGO sekaligus menjadikan anugerah ini penuh glamour, panas dan sensasi. 

Nantikan malam penuh gemilang bagi meraikan karyawan seni dalam bidang seni persembahan melalui Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 pada Ahad, 14 Mei 2023 di PJPAC, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre, Malaysia.

Amy Ikram by wajib tonton.
Gambar: Kakiseni

Catat Ulasan

0 Ulasan